Sunday, August 10, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN (Ogos 2014/01)

Salam.

Tarikh     : 8 Ogos 2014
Masa       : 4.15 petang - 5.00 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Terjun)
Pn. Xiao Xia (JLN)

Kehadiran Atlet :
16 orang atlet

Ulasan :

Sesi latihan dijalankan seperti biasa selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kehadiran para atlet adalah sangat baik. Sesi latihan telah diambil alih oleh JLN Xiao Xia dengan bantuan JPM Harnani Muhammad memandangkan JPM Rosatimah Muhammad bercuti dari 21 Julai 2014 hingga 12 Ogos 2014. Seperti biasa, para atlet akan melakukan perkara asas dalam sukan terjun seperti lompatan dan sebagainya. Seramai 7 orang atlet telah dipilih untuk mengikuti program Kem Bakat 2014 yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada 25 - 28 Ogos 2014 nanti. Latihan juga memfokuskan kepada rutin-rutin wajib dalam sukan terjun sebagai persediaan para atlet yang terlibat dalam Kejohanan Grand Final yang akan berlangsung pada September 2014 nanti. 

Sekian, terima kasih.

----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Akuatik Terjun
USPTN Sarawak


No comments:

Post a Comment