Tuesday, August 12, 2014

PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO (Ogos 2014/01)

Salam dan Selamat Sejahtera,

Tarikh      : 11 Ogos 2014
Masa        : 7.45 petang - 9.00 malam
Tempat    : Kuching Taekwondo & Self - Defense Academy

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Taekwondo)
En. Jospeh Chang Siang Ping (JSM Sukan Taekwondo)
En. Elvi Anak Lansor (JSM Sukan Taekwondo)

Kehadiran Atlet :
15 orang atlet 

Ulasan :

Sesi latihan dijalankan seperti biasa setelah Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kehadiran para atlet pada kali ini sangat baik. Sesi latihan pada kali ini dikendalikan oleh seorang jurulatih daripada Thailand dan dibantu oleh kedua-dua JSM. Hasil daripada pemantauan, program latihan memfokuskan kepada teknik kicking. Difahamkan oleh JSM Joseph, para atlet sedang menjalani latihan sebagai persediaan untuk ke kejohanan mini yang akan berlangsung pada 17 Ogos 2014 ini. Seramai 4 orang atlet disenaraikan untuk menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Ogos 2014.

Sekian, terima kasih.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment