Tuesday, November 12, 2013

LAPORAN KEM BAKAT BERBASIKAL NEGERI SARAWAK 2013

Salam

En. Fairul
Seperti yang pihak tuan sedia maklum, USPTN Sarawak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Institut Sukan Negara (ISN), Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak telah mengadakan Kem Bakat Berbasikal Negeri Sarawak 2013 pada 5 - 9 November bertempat di Yayasan Sarawak, Petra Jaya Kuching.

Kem bakat tersebut telah melibatkan seramai 34 orang peserta dari seluruh bahagian di Sarawak termasuk atlet Berbasikal daripada PLN Sematan. Tujuan penganjuran kem bakat ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk dipilih masuk ke dalam program supaya perancangan untuk mempersiapkan barisan atlet Berbasikal untuk mewakili Sarawak ke SUKMA 2014 dan seterusnya SUKMA 2016 lebih diperkemaskan.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh kem tersebut dijalankan adalah seperti berikut :-

  1. Taklimat Undang- Undang Berbasikal daripada pihak Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak
  2. Ujian Kecergasan dan sesi Ceramah berkaitan Nutrition, Sport Injury dan psychology oleh pihak ISN
  3. Latihan teknikal dan latihan di jalan raya oleh JSM USPTN dan Jurulatih MSN Negeri.

Sekian,

Terima kasih


--
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
Majlis Sukan Negara Malaysia