Sunday, November 30, 2014

LAPORAN KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 4 (HARI PERTAMA & KEDUA)

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 28 & 29 November 2014
Masa       : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat   : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
En. Joseph Chang Siang Ping - JSM
6 orang Atlet

Latihan :
a) Warm Up
     - Basic kicking

Pertandingan :
Kejohanan Taekwondo Antara Kelab Peringkat Kebangsaan Kali Ke 4

Kecederaan :
Tiada

Ulasan :
Kejohanan ini dijadual berlangsung bermula 27hb hingga 30hb November 2014 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Menurut sumber daripada penganjur, sebanyak 466 atlet daripada 37 buah kelab telah mengambil bahagian.

Seramai 6 orang atlet Pasukan Taekwondo Sarawak yang mewakili Kelab Bumi Kenyalang telah mengambil bahagian dalam kategori berat, light, middle, welter dan heavy.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timb. Presiden Taekwondo Malaysia iaitu En. Nafizuddin Bin Dato' Seri Najib pada hari pembukaan kejohanan 28 November 2014.

Bagi pasukan Taekwondo Negeri Sarawak, perlawanan hanya bermula pada hari kedua kejohanan (28 November 2014) memandangkan kategori yang disertai tidak dipertandingkan pada hari pertama.

Keputusan bagi Pasukan Taekwondo Negeri Sarawak setakat hari ini :
1) Eimran Ghaffary (Heavy) - Gangsa
2) Audrey Nu Ak Alexander Mula (Light) - Perak
3) Abg. Abdul Latif (Welter) - Kalah

Perlawanan akan disambung semula pada hari ketiga kejohanan pada 30 November 2014 seawal jam 8.00 pagi.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

Saturday, November 29, 2014

Pemantaun Pusat Latihan Sukan Menembak

SUKAN: Menembak
Tarikh : 29 Nov 2014
Masa : 9 am - 3 pm
Tempat : Lapang Sasar Menembak Balai Polis Batu Kawa

Kehadiran :

1. Awang Fadilah - SDO
2. Antsipava Tamara - JLN
3. Christina Liew        - JSM
4. Hawi Brodie

5.Sesi Pagi
Atlet - 7 lelaki 4 Wanita

6.Sesi Petang
Atlet - 5 lelaki 4 wanita

LATIHAN
1. 10m,25m dan 50m dryfire & grouping target
    

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Semua dalam keadaan baik
 
KECEDERAAN
Tiada kecederaan pada atlet.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN / ISU

1. Jurulatih memberi tumpuan khas kepada beberapa atlet yang akan pergi ke Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bwh 16 tahun sirkit 3/2014.

2. Seramai 4 atlet bersama 2 jurulatih akan ke kejohanan tersebut. Pasukan Sarawak akan membawa 1 rifle wanita 1 pistol wanita dan 2 pistol lelaki.

3. Jurulatih memaklumkan ada beberapa atlet akan digugurkan dari program latihan disebabkan telah lama tidak menghadiri sesi latihan.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Awang Fadilah b. Jaya
SDO Sukan Menembak, Tenpin & Tinju

Wednesday, November 26, 2014

LAPORAN PEMANTUAN SUKAN SKUASY

SUKAN: Skuasy
Tarikh : 26.11.2014
Masa : 9.30 a.m - 12.30 p.m
Tempat : Sarawak Club, Kuching

Kehadiran :
1. Mohamad Ikmal - SDO
2. Andre Kho Yang Yang - JPM
2. Atlet -  12 lelaki  4 Wanita

LATIHAN
1. Accuracy Drills
2. Condition games
3. Court coverage

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
1. Jurulatih memohon peralatan seperti berikut
- Balancing ball
- Mini Hurdles
- Ladder
- Resistance Band

 
KECEDERAAN
Tiada kecederaan pada atlet.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN / ISU
1. Perbincangan antara jurulatih dan PPN mengenai kejohanan akan datang serta program latihan yang dijalankan.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohamad Ikmal Bin Afandi
PPN Skuasy Negeri Sarawak

Tuesday, November 25, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TAEKWONDO - SARAWAK

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 25 November 2014
Masa       : 7.00 petang - 9.15 malam
Tempat   : Kuching Taekwondo & Self-Defense Academy (WTF)

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
En. Joshua Philip - KU Pusat Satelit ISN Sarawak
Pn. Nur Shafiza Bt Zawawi - PT
Pelajar Praktikal Pusat Satelit ISN Sarawak - 2 orang
En. Joseph Chang Siang Ping - JSM
En. Elvi Ak Lansor - JSM
19 orang Atlet

Latihan :
Tiada

Ujian :
Ujian Kecergasan Fizikal yang merangkumi :
1)BMI
2)Sit & Reach Test - Flexibility
3)Standing Broad Jump
4)Vertical Jump
5)Maximum Push Up
6)1 min Sit Up
7)Beep Test

Pertandingan :
Kejohanan Antara Kelab-Kelab Malaysia 2014 (27-30 November 2014)

Peralatan & Kemudahan :
1. Peralatan yang digunakan untuk melaksanakan ujian kecergasan ini merupakan hak milik Pusat Satelit ISN Kuching.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Tiada.

Ulasan :
1. Sesi ujian kecergasan ini telah dikendalikan oleh pegawai Pusat Satelit ISN Kuching dan dibantu oleh pelajar praktikal Pusat Satelit ISN Sarawak dan PT USPTN Sarawak. Ujian kecergasan ini sepatutnya dilaksanakan pada sebelah pagi tetapi atas sebab-sebab tertentu, ujian ini ditunda pada sebelah malam waktu latihan.

2. Kehadiran para atlet adalah sangat baik memandangkan cuti sekolah telah bermula.

3. Para jurulatih telah memberi kerjasama yang baik sepanjang melaksanakan sesi ini dan para atlet telah menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan ujian ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

Monday, November 24, 2014

Laporan Pemantaun Pusat Latihan Menembak

SUKAN: Menembak
Tarikh : 24 Nov 2014
Masa : 1 pm - 4 pm
Tempat : Lapang Sasar Menembak Balai Polis Batu Kawa

Kehadiran :

1. Awang Fadilah - SDO
2. Antsipava Tamara - JLM
3. Christina Liew        - JSM
4. Hawi Brodie
5. Atlet - 7 lelaki 8 Wanita

LATIHAN
1. 10m dryfire & grouping target
    
UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Semua dalam keadaan baik
 
KECEDERAAN
Tiada kecederaan pada atlet.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN / ISU

1. Peratusan kehadiran amat memuaskan semasa cuti sekolah ini, namun penglibatan atlet2 senior ke sesi latihan agak kurang berbanding dengan muka2 baru yang masih dlm penilaian jurulatih untuk diserapkan kedalam program latihan.

2. Seramai 7 atlet rifle dan 8 atlet pistol yang hadir turut didedahkan dengan latihan menembak dalam kumpulan.

3. Jurulatih memaklumkan untuk membuat permohonan pinjaman rifle bagi tangan kiri dari pihak kebangsaan.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Awang Fadilah b. Jaya
SDO Sukan Menembak, Tenpin Bowling & Tinju

Saturday, November 22, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN AKUATIK TERJUN - SARAWAK

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 21 November 2014
Masa       : 4.20 petang - 5.05 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik KBS, Kuching

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM (USPTN)
Pn. Harnani Bt Muhammad - JPM (MSN)
Pn. Xiao Xia - JLN (MSN)
44 orang Atlet

Latihan :
a) Core Strengthening
b) Rutin Asas (Dry Gym)
    - Ajuk 
    - Ayun Tangan
    - Jalan Papan & Lompat

c) Dive 'twist'
d) 1m Springboard, 3m Springboard & 5m Platform (Kolam Akuatik)
e) Belajar berenang untuk atlet baru

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Kejohanan Tejun Remaja Kebangsaan Sirkit 03/2014 pada 4 hingga 7 December 2014.

Peralatan & Kemudahan :
1. Pemasangan floor matting masih dijalankan. Belum siap sepenuhnya. Dimaklumkan akan siap sepenuhnya dalam minggu hadapan bergantung kepada cuaca.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Perancangan untuk mengadakan program tindik bersama USPTN Sabah pada pertengahan bulan December 2014 nanti.

Ulasan :
1. Sesi latihan dihadiri oleh para atlet lama dan baru. Kehadiran amat memuaskan.

2. Pada musim cuti sekolah, sesi latihan dijalankan 2 sesi iaitu pagi dan petang.

3. Seramai 5 orang atlet telah disenaraikan untuk menyertai Kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan Sirkit 03/2014 dan atlet sedang giat menjalani latihan dan mempelajari terjunan baru.

4. Sesi latihan pada minggu ini sedikit terganggu sekitar hari Isnin & Selasa kerana pihak pengurusan kolam tidak membenarkan atlet menjalani latihan di sana atas sebab-sebab tertentu. Para atlet kemudiannya, menjalani latihan di Gym MSNS. Pada hari Rabu dan seterusnya, para atlet menjalani latihan seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN BADMINTON - SARAWAK

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 21 November 2014
Masa       : 3.30 petang - 4.00 petang
Tempat   : Dewan SBA, Jalan Lapangan Terbang, Kuching.

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
En. Dwi Ariyanto (Jurulatih MSNS)
En. Rukita (Jurulatih SBA)
14 orang Atlet

Latihan :
a) Endurance Training
b) Agility Training
    - Zig-Zag Run with Shuttle (30sec + 10sec R.I x 6 sets)

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
a) Air Asia Open Badminton Challenge 2014
b) Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Maybank Terbuka Sabah 2014 (10-14 December 2014)

Peralatan & Kemudahan :
1. Kemudahan gelanggang dalam keadaan baik.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Tiada

Ulasan :
1. Sesi latihan sepanjang cuti sekolah akan dijalankan 2 sesi iaitu pagi dan petang. 

2. Kehadiran pada sesi kali ini amat baik memandangkan musim cuti sekolah telah bermula.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

PEMANTAUAN PLN TENIS - SARAWAK LAWN TENNIS ASSOCIATION (SLTA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 20 Nov 2014
Masa : 5.30 petang
Venue : Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA)
Jurulatih : En. Stevie Din (Tidak Hadir)
Kehadiran : 7 orang ( 6L , 1W)

Latihan 
1. Serving
2. Receiving
3. Relay
4. Mini Tenis

Ujian
Tiada

Pertandingan
Kejohanan BMW Malaysia National Circuit 2014 - Master/LTAM telah berlangsung pada 15 - 19 Nov 2014. Tiada penyertaan atlet bawah 10 tahun atas sebab tiada kelayakan berdasarkan ranking. 

Peralatan
1. Bola latihan adalah hak milik SLTA.

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Jurulatih kurang memberi latihan kerana sibuk dengan program di bawah KPM. Jurulatih juga ada membuat TID tenis dan akan membuat pemilihan untuk diserap masuk di bawah program tahun depan.
2. Sesi latihan telah dibantu oleh jurulatih MSNS sekiranya JSM tidak dapat hadir.
3. Latihan dijalankan seperti biasa namun bergantung dengan keadaan cuaca. Hujan sering turun pada sebelah petang.

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Memanah. Pelayaran. Tenis.

Saturday, November 15, 2014

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON AKHIR 2014 BAGI SUKAN AKUATIK TERJUN (HARI TERAKHIR)

Salam.

Tarikh      : 15 November 2014
Masa        : 8.30 pagi - 10.45 pagi
Tempat    : Kompleks Akuatik MPK, Kuantan, Pahang

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM
8 orang Atlet (Sarawak Sahaja)

Latihan :
a) Ajuk (Movements)
b) Lompatan & Ayun Tangan

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 Sukan Akuatik Terjun

Peralatan & Kemudahan :
Kemudahan baik.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Tiada

Ulasan :
Hari kedua untuk Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 dimulakan pada jam 9.15 pagi. Tinggal hanya 2 acara sahaja lagi yang dipertandingkan untuk hari kedua ini iaitu 3M Spring Board Lelaki & Wanita (12 Tahun dan ke Bawah). Hanya 8 penyertaan sahaja bagi acara ini.

Keputusan :
a) 3M Spring Board Lelaki (12 tahun dan ke Bawah)
    Pertama : Mohd Adam Kamarul (Negeri Sembilan)
    Kedua    : Ahmad Danish Haikal (Negeri Sembilan)

b) 3M Spring Board Wanita (12 tahun dan ke Bawah)
    Pertama  : Nurul Athirah Hanafiah (Negeri Sembilan)
    Kedua     : Vivien Yong Wei Wen (Perak)
    Ketiga     : Ong Kai Xin (Perak)

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh KUKS, Pn. Norehsan Hassan.

Secara keseluruhan, pasukan Terjun Negeri Sarawak mewakili Zon Borneo telah memperolehi 3 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak