Thursday, November 6, 2014

PEMANTAUAN PPS SUKAN MEMANAH - KELAB KENYALANG





Assalamualaikum.

Tarikh : 5 Nov 2014
Masa : 5.30 petang
Venue : Lapang Sasar Memanah Kelab Kenyalang
Jurulatih : En. Jemain b. Abu Bakar 
Kehadiran : 11 orang ( 6L , 3W  dan 2L baru)

Latihan 
1. Form shooting
2. Shoot 25M
3. Shoot 70M
4. U12 Scoring

Ujian
Tiada

Pertandingan
Beberapa orang atlet yang telah disenarai untuk ke Kejohanan Memanah Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 sedang giat menjalani latihan dengan bantuan Ketua Jurulatih MSNS - En. Abdul Razak Yaacob

Peralatan
1. Kebanyakan bow adalah milik sendiri
2. Target butt dan target stand adalah hak milik MSNS.
3. Tempat berteduh telah dibina dengan peruntukan sepenuhnya daripada pihak kelab sendiri.

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
1.Perancangan untuk mengadakan Program Juara yang akan melibatkan atlet dari Sematan dan Kuching yang dijangka akan dilaksanakan dalam bulan Disember 2014.
2. Kem Tahunan USPTN akan dijangka dilaksanakan dalam bulan DIsember. Beberapa orang atlet akan dipilih untuk mengikuti kem tersebut.

Ulasan
1. Seorang atlet telah dipilih mengikuti Kem Bakat Sukan Memanah pada 7 - 12 Nov 2014 bertempat di Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur
2. Makluman ketua jurulatih, beberapa orang atlet telah dikenalpasti berpotensi untuk menyertai kejohanan pada tahun hadapan.
3. Program latihan memanah mendapat sokongan tinggi daripada ibu bapa atlet.
4. Kem Tahunan Atlet PPS 2014 akan diadakan pada 24 - 28 Nov 2014. Beberapa orang atlet akan dicadangkan oleh jurulatih dalam masa terdekat.

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Memanah. Pelayaran. Tenis.

No comments:

Post a Comment