Sunday, November 30, 2014

LAPORAN KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 4 (HARI PERTAMA & KEDUA)

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 28 & 29 November 2014
Masa       : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat   : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
En. Joseph Chang Siang Ping - JSM
6 orang Atlet

Latihan :
a) Warm Up
     - Basic kicking

Pertandingan :
Kejohanan Taekwondo Antara Kelab Peringkat Kebangsaan Kali Ke 4

Kecederaan :
Tiada

Ulasan :
Kejohanan ini dijadual berlangsung bermula 27hb hingga 30hb November 2014 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Menurut sumber daripada penganjur, sebanyak 466 atlet daripada 37 buah kelab telah mengambil bahagian.

Seramai 6 orang atlet Pasukan Taekwondo Sarawak yang mewakili Kelab Bumi Kenyalang telah mengambil bahagian dalam kategori berat, light, middle, welter dan heavy.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timb. Presiden Taekwondo Malaysia iaitu En. Nafizuddin Bin Dato' Seri Najib pada hari pembukaan kejohanan 28 November 2014.

Bagi pasukan Taekwondo Negeri Sarawak, perlawanan hanya bermula pada hari kedua kejohanan (28 November 2014) memandangkan kategori yang disertai tidak dipertandingkan pada hari pertama.

Keputusan bagi Pasukan Taekwondo Negeri Sarawak setakat hari ini :
1) Eimran Ghaffary (Heavy) - Gangsa
2) Audrey Nu Ak Alexander Mula (Light) - Perak
3) Abg. Abdul Latif (Welter) - Kalah

Perlawanan akan disambung semula pada hari ketiga kejohanan pada 30 November 2014 seawal jam 8.00 pagi.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment