Saturday, November 15, 2014

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON AKHIR 2014 BAGI SUKAN AKUATIK TERJUN (HARI TERAKHIR)

Salam.

Tarikh      : 15 November 2014
Masa        : 8.30 pagi - 10.45 pagi
Tempat    : Kompleks Akuatik MPK, Kuantan, Pahang

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM
8 orang Atlet (Sarawak Sahaja)

Latihan :
a) Ajuk (Movements)
b) Lompatan & Ayun Tangan

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 Sukan Akuatik Terjun

Peralatan & Kemudahan :
Kemudahan baik.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Tiada

Ulasan :
Hari kedua untuk Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 dimulakan pada jam 9.15 pagi. Tinggal hanya 2 acara sahaja lagi yang dipertandingkan untuk hari kedua ini iaitu 3M Spring Board Lelaki & Wanita (12 Tahun dan ke Bawah). Hanya 8 penyertaan sahaja bagi acara ini.

Keputusan :
a) 3M Spring Board Lelaki (12 tahun dan ke Bawah)
    Pertama : Mohd Adam Kamarul (Negeri Sembilan)
    Kedua    : Ahmad Danish Haikal (Negeri Sembilan)

b) 3M Spring Board Wanita (12 tahun dan ke Bawah)
    Pertama  : Nurul Athirah Hanafiah (Negeri Sembilan)
    Kedua     : Vivien Yong Wei Wen (Perak)
    Ketiga     : Ong Kai Xin (Perak)

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh KUKS, Pn. Norehsan Hassan.

Secara keseluruhan, pasukan Terjun Negeri Sarawak mewakili Zon Borneo telah memperolehi 3 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment