Tuesday, March 29, 2011

Laporan Pemantauan Pusat Latihan Badminton 01/2011

Selamat pagi tuan. Bersama ini disertakan laporan pemantauan seperti di atas bagi USPTN Sarawak.
Tarikh                         :18 Mac 2011, Jumaat
Masa                          : 9.30 pagi
Perjumpaan dengan jurulatih dan atlet.

Jurulatih                    : En. Roslie Sapiee
Bilangan atlet           : 14 orang
Pertandingan           : Pemilihan bagi Kejohanan Sirkit Remaja 100 PLUS.
Tempat                     : Dewan SBA





Pertandingan Pemilihan untuk kejohanan tersebut diadakan pada 16 – 18 Mac 2011.   
 
Seramai 14 orang atlet dibawah USPTN Sarawak telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Semasa pemantauan, pemilihan sedang berlangsung. Seorang atlet USPTN, Syafiq Azahar menjadi johan untuk kumpulan ‘Under 12’ manakala lima orang atlet lain dipilih untuk mewakili Sarawak dalam kejohanan tersebut.
Dua puluh tiub bulu tangkis dibekalkan bagi latihan bulan Mac.
Semasa sesi perjumpaan bersama atlet, mereka tiada menyatakan apa-apa masalah. Semua program latihan berjalan seperti yang dirancangkan.
Sekian, harap maklum.

 
IRENE JOHN DAVIS
PPN BADMINTON/SQUASH/PELAYARAN/OLAHRAGA
USPTN SARAWAK

Laporan Pemantauan Pusat Latihan Skuasy 02/2011

Tarikh.                        : 25 Mac 2011, (Jumaat) 
Masa.                         : 3.30 petang
Perjumpaan dengan jurulatih dan atlet.

Jurulatih                     : En. Kenneth Goh
Pertandingan            : CIMB Rising Star - Sirkit Remaja – 4th Leg
Tempat                      : Sarawak Club



Seramai lapan orang atlet lelaki dan lapan orang atlet wanita di bawah USPTN Sarawak telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Beberapa orang atlet telah memasuki peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Pertandingan bermula pada 24 Mac dan akan berakhir pada 27 Mac 2011.

Sebelas negeri telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan berjalan lancar.
Sekian, harap maklum.


IRENE JOHN DAVIS
PPN BADMINTON/SQUASH/PELAYARAN/OLAHRAGA
USPTN SARAWAK

Laporan Pemantauan Pusat Latihan Skuasy 01/2011

Tarikh.                        : 8 Mac (Selasa), 
Masa.                         : 3.30 petang
Perjumpaan dengan jurulatih dan atlet.

Jurulatih.                   : En. Kenneth Goh
Bilangan atlet           : 7 orang
Sesi latihan              : 2.00-5.00 pm
Tempat                     : Sarawak Club





Latihan intensif dijalankan untuk penyediaan Kejohanan Skuasy Kebangsaan - CIMB Rising Star - Sirkit Remaja – 4th Leg.  

Buat kali pertama negeri Sarawak telah dipilih menjadi tuan-rumah untuk mengelolakan kejohanan tersebut  pada 24  hingga 27 March 2011. Jurulatih, En. Kenneth telah menjalankan latihan intensif setiap hari sehingga kejohanan tersebut berlangsung. Beliau kerap kali mencadangkan supaya dibekalkan dengan bola skuasy untuk latihan.

Semasa pemantauan, saya juga berjumpa Penolong Setiausaha SRAM. Beliau memaklumkan bahawa SRAM telah melantik dua orang Jurulatih Luar Negara dari negara Pakistan- seorang ditempatkan di Miri dan seorang lagi di Kuching. SRAM akan melantik seorang lagi jurulatih luar negara bagi bahagian Sibu. 

Beliau telah maklumkan pada saya bahawa pada  26hb Mac Persatuan Skuasy Sarawak akan mengadakan satu ‘Welcoming Dinner’ untuk semua atlet dari semua negeri yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. 


Semasa sesi perjumpaan bersama atlet, mereka tiada menyatakan apa-apa masalah.
Latihan berjalan seperti biasa.
Sekian, harap maklum.


IRENE JOHN DAVIS
PPN BADMINTON/SQUASH/PELAYARAN/OLAHRAGA
USPTN SARAWAK

Tuesday, March 8, 2011

Sekitar Kejohanan Sukan Kesihatan Muhibbah Borneo, Sarawak 2011

Seramai tujuh orang atlet Pelapis Negeri Sarawak telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Berbasikal Borneo Kesihatan Sarawak pada 05-06 Mac 2011 di perkarangan Bangunan Baitul Makmur (Masja), Petra Jaya, Kuching.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari tersebut telah menerima penyertaan daripada pasukan Kalimantan Barat, Sabah, WP Labuan dan beberapa kelab-kelab berbasikal di Sarawak.






Antara keputusan yang telah dicapai oleh atlet Pelapis Negeri Sarawak adalah:

1.  Nizam ak. Uate                             MTB on road B17                           No. 1
                                                             MTB off road B17                           No. 5
2.  Wong Tak Meng                           MTB off road B17                           No. 3
3.  Awg. Adib b. Awg. Sufian            MTB off road B17                           No. 1
4.  Awg. Adin b. Awg. Sufian            MTB off road B17                           No. 2
                                                             Point Race Criterium Junior          No. 3
5. Rosnina ak. Minggu                       MTB Wanita Open                         No. 3
6.  Nur Azrenna bt. Ahmad Jumry     MTB Wanita Open                         No. 2
7.  Aina Zafirah bt. Ashabry               MTB Wanita Open                         No. 4 

Acara on road telah diadakan pada 5 Mac 2010, manakala acara off road telah diadakan pada 6 Mac. Kejohanan tersebut adalah anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Sekian.

Laporan oleh:
Cik Sue

Sesi Memantau Latihan Menembak

Pemantauan bagi sukan manembak telah dilakukan pada 05 Mac 2011 yang lepas, pada jam 0900 pagi.

Hanya 4 orang atlet yang hadir pada sesi latihan tersebut. Yang selebihnya tidak dapat datang kerana terpaksa menghadiri kelas ganti di sekolah.

Latihan pada hari tersebut dibawah seliaan Jurulatih Penuh Masa MSNS, Encik Ahmad ak. Anai.



Latihan yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah selesai pada jam 12.00 tengahari.

Laporan oleh:
Cik Sue

Friday, March 4, 2011

Pelayaran @ Marina Bay, Miri

Sukan Pelayaran di negeri Sarawak telah menukarkan pusat latihan ke Marina Bay di bawah pengurusan Pantai Bayu Indah Sdn. Bhd.

Pihak Marina Bay akan menyediakan kemudahan yang secukupnya bagi memastikan prestasi sukan pelayaran berada pada tahap yang sepatutnya, di samping sistem keselamatan yang ketat disediakan bagi memastikan keselamatan ahli-ahli kelab berada pada tahap yang baik.


Kapt. Ariffin menunjukkan tempat yang disediakan khas untuk atlet pelayaran untuk menjalankan latihan teori sebelum turut ke laut.

Keselamatan di pintu besar premis.
 






Latihan sukan pelayaran negeri Sarawak akan memulakan latihan di Marina Bay bermula pada Mac 2011 dibawah seliaan JSM, Encik Henry Edward Tarang.

Laporan:
Cik Sue

Thursday, March 3, 2011

Mesyuarat Transformasi Program Persatuan, ASAS 2011

Satu mesyuarat telah diadakan pada 28 Februari 2011 di Bilik Relaksasi ISN bersempena Mesyuarat Transformasi Program Persatuan, Persatuan Renang Amatur Sarawak (ASAS) bagi tahun 2011.

Mesyuarat bertujuan untuk membincang, menganalisis serta merancang perjalanan program latihan bagi tahun ini. Disamping itu, ia turut menganalisis prestasi keseluruhan atlet selepas Sarawak Age Group Swimming Championship yang baru sahaja diadakan pada 25-27 Februari 2011 di Sibu.


YB Encik Larry Sng, Presiden ASAS

Dari kiri: En. Francis N. Ding, Tn. Hj. Soedirman b. Hj. Aini, YB En. Larry Sng dan En. Paul Lim

Wakil-wakil persatuan di bahagian dan Jurulatih Luar Negara
 
Cik Liew Feng Wei dan Encik Ren Xiaoshun, Jurulatih Luar Negara

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Larry Sng, Presiden ASAS dan turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak, Tuan Haji Soedirman bin Haji Aini, Pengarah MSNS Encik Francis Nyurang Ding, Koordinator Sukan Akuatik, Puan Zaleha Hj. Alias, Pemangku Ketua Unit USPTN Sarawak, Cik Suefarinawathy Affendi, wakil-wakil persatuan dari semua bahagian di Sarawak serta jurulatih-jurulatih tempatan dan asing di bawah lantikan MSNM / MSNS.

Laporan disediakan oleh:
Cik Sue Affendi

Tuesday, March 1, 2011

MSNS Staff Team Building 2011

Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) telah menganjurkan Kursus Team Building 2010 pada 24-27 Februari 2011 di Kem Belia Kemuyang, Sibu.

Kursus yang diadakan bertujuan untuk memupuk semangat sepasukan serta bekerja secara berpasukan dalam organisasi. Antara pengisian di dalam kursus tersebut adalah pembentukan peribadi & jati diri, kepentingan kerjasama kumpulan, konsep komunikasi berkesan, pengendalian stress serta beberapa aktiviti lasak seperti jungle trekking, explorace dan flying fox. Semua aktiviti dijalankan dibawah seliaan Ketua Fasilitator, Kapt. (B) Zaidi b. Ismail.






Kursus yang disertai oleh seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan baru, kakitangan di pejabat bahagian, kakitangan ISN dan kakitangan USPTN. Kursus yang diadakan selama 3 hari telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Tuan Haji Soedirman bin Haji Aini.

Laporan disediakan oleh:
Suefarinawathy Affendi