Tuesday, March 29, 2011

Laporan Pemantauan Pusat Latihan Skuasy 01/2011

Tarikh.                        : 8 Mac (Selasa), 
Masa.                         : 3.30 petang
Perjumpaan dengan jurulatih dan atlet.

Jurulatih.                   : En. Kenneth Goh
Bilangan atlet           : 7 orang
Sesi latihan              : 2.00-5.00 pm
Tempat                     : Sarawak Club





Latihan intensif dijalankan untuk penyediaan Kejohanan Skuasy Kebangsaan - CIMB Rising Star - Sirkit Remaja – 4th Leg.  

Buat kali pertama negeri Sarawak telah dipilih menjadi tuan-rumah untuk mengelolakan kejohanan tersebut  pada 24  hingga 27 March 2011. Jurulatih, En. Kenneth telah menjalankan latihan intensif setiap hari sehingga kejohanan tersebut berlangsung. Beliau kerap kali mencadangkan supaya dibekalkan dengan bola skuasy untuk latihan.

Semasa pemantauan, saya juga berjumpa Penolong Setiausaha SRAM. Beliau memaklumkan bahawa SRAM telah melantik dua orang Jurulatih Luar Negara dari negara Pakistan- seorang ditempatkan di Miri dan seorang lagi di Kuching. SRAM akan melantik seorang lagi jurulatih luar negara bagi bahagian Sibu. 

Beliau telah maklumkan pada saya bahawa pada  26hb Mac Persatuan Skuasy Sarawak akan mengadakan satu ‘Welcoming Dinner’ untuk semua atlet dari semua negeri yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. 


Semasa sesi perjumpaan bersama atlet, mereka tiada menyatakan apa-apa masalah.
Latihan berjalan seperti biasa.
Sekian, harap maklum.


IRENE JOHN DAVIS
PPN BADMINTON/SQUASH/PELAYARAN/OLAHRAGA
USPTN SARAWAK

No comments:

Post a Comment