Tuesday, March 1, 2011

MSNS Staff Team Building 2011

Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) telah menganjurkan Kursus Team Building 2010 pada 24-27 Februari 2011 di Kem Belia Kemuyang, Sibu.

Kursus yang diadakan bertujuan untuk memupuk semangat sepasukan serta bekerja secara berpasukan dalam organisasi. Antara pengisian di dalam kursus tersebut adalah pembentukan peribadi & jati diri, kepentingan kerjasama kumpulan, konsep komunikasi berkesan, pengendalian stress serta beberapa aktiviti lasak seperti jungle trekking, explorace dan flying fox. Semua aktiviti dijalankan dibawah seliaan Ketua Fasilitator, Kapt. (B) Zaidi b. Ismail.






Kursus yang disertai oleh seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan baru, kakitangan di pejabat bahagian, kakitangan ISN dan kakitangan USPTN. Kursus yang diadakan selama 3 hari telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Tuan Haji Soedirman bin Haji Aini.

Laporan disediakan oleh:
Suefarinawathy Affendi

No comments:

Post a Comment