Monday, October 31, 2011

MINI PERTANDINGAN GIMNASTIK ARTISTIK ANTARA SEKOLAH

MINI PERTANDINGAN GIMNASTIK ARTISTIK ANTARA SEKOLAH

Tarikh  : 29 Oktober 2011

Venue : Dewan Gimnastik, Off Jln Stadium Petra Jaya Kuching

Mini Pertandingan Gimnastik Artistik telah berjaya diadakan dengan lancar. Program ini adalah anjuran bersama USPTN Sarawak, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Gimnastik Amatur Sarawak.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menaikkan semangat di kalangan gimnas dan sebagai pendedahan kepada persekitaran pertandingan selain mempromosikan sukan ini.

20 orang peserta dari 10 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Antara sekolah yang terlibat ialah :

1) SMK St Mary                 6) SK Batu Lintang
2) SK St Mary                    7) SK Ong Tiang Swee
3) SK Chung Hua No.1        8) SK St Teresa
4) SK Chung Hua No.5        9) SK Chung Hua Bt 4 1/2
5) SK Green Road              10) SK (A) Datuk Hj Abd. Kadir Hassan

4 Kategori telah dipertandingkan adalah seperti berikut :

1) Kategori Perempuan 8 thn Ke Bawah
2) Kategori Perempuan 10 thn Ke Bawah
3) Kategori Perempuan 15 thn Ke Bawah
4) Kategori Lelaki 10 thn Ke Bawah

Beberapa orang guru dari setiap sekolah yang tersenarai turut hadir ke pertandingan ini sebagai sokongan kepada peserta yang terlibat


 
--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Friday, October 28, 2011

Program Talent Scouting

Salam

TALENT SCOUTING

Tarikh : 26 & 27 Okt 2011
Sekolah yang terlibat : SJK Chung Hua No.2
                                  SK Laksamana
                                  SK Satria Jaya

Jurulatih : Xiao Xia ( JLN MSNS )
               Gracie Junita Terry Pega ( JPM MSNS )
               Harnani Muhammad ( JPM MSNS )

Program "Talent Scouting" telah dijalankan selama dua hari iaitu pada hari Rabu ( 26 Okt 2011 ) dan Khamis ( 27 Okt 2011 ) di tiga buah sekolah. Sasaran adalah pelajar tahun 1 dan tahun 2. Pada peringkat permulaan pemilihan atlet seramai 79 pelajar telah disenaraikan. Penilaian peringkat kedua yang akan ditetapkan dalam masa yang terdekat.


--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
USPTN Sarawak
 

Friday, September 30, 2011

PEMANTAUAN PUSAT BADMINTON - SBA

Pemantauan Pusat Latihan Badminton
Tarikh                                               : 22 September 2011

Masa                                                : 3.00 pm

Venue                                               : Dewan SBA, Taman BDC, Kuching

Bilangan Atlet                                    : 5 orang

Jurulatih                                            : Encik Dwi Ariyanto – Jurulatih MSNS
Latihan dijalankan mengikut jadual. Kehadiran atlet tidak memuaskan kerana membuat persediaan peperiksaan PMR dan SPM yang bakal menjelang.
Jurulatih memaklumkan akan mengadakan pencarian bakat baru dalam sukan badminton dengan kerjasama Persatuan Badminton Sarawak di beberapa sekolah yang berdekatan. Tarikh dan senarai sekolah yang terpilih akan ditetapkan kemudian.
 
IRENE JOHN DAVIS
PPN BADMINTON/SQUASH/SAILING
USPTN SARAWAK

Pemantauan Semasa Kejohanan CMS Sarawak Circuit Grand Final - Kuching Leg 2011

CMS Sarawak Squash Circuit Grand Final – Kuching Leg 2011

 

Tarikh                                        : 16 – 18 September 2011

Venue                                       : Sarawak Club, Kuching, Sarawk

Bilangan Atlet (keseluruhan)       : 150 dari Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu 

Bilangan Atlet ( USPTN)             : 3 lelaki dan 5 perempuan

Prestasi Atlet ( USPTN)      

 

 

PENCAPAIAN

 

NAMA  ATLET

 

ACARA

 

KEPUTUSAN

 

1

 

 

Marcus Sim

 

BU17

 

 

1ST

 

2

 

 

Mindy Lee

 

 

GU15

 

 

1ST

 

 

3

 

Flora Teng

 

GU17

 

 

3RD

 

 

4

 

Charlize Goh

GU13

3RD

 

5

 

Brodie Tsen

GU13

1ST

 

6

 

Michelle Wong

GU17

1ST

 

7

 

Bexter Jap

BU19

1ST

 

8

 

Jess Tay

BU19

3RD

 

Dianjur oleh                                           : Persatuan Squash Cawangan Sarawak dan  CMS Sarawak

Jurulatih semasa pertandingan                : Encik Kenneth Goh

      



IRENE JOHN DAVIS
PPN BADMINTON/SQUASH/SAILING
USPTN SARAWAK

Monday, September 26, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik Kuching


Tarikh : 21 September 2011
Venue : Dewan Gimnastik, Petra Jaya
Jurulatih : Bogomil Ivanov Momchilov
               Gergana Kostadinova Momchilova

Atlet : 20 orang

Latihan telah bermula pada 2.00 ptg. Kehadiran adalah memuaskan. Beberapa gimnas yang menduduki peperiksaan UPSR telah kembali menjalani latihan.

Jurulatih memaklumkan memerlukan alat penimbang yang baru untuk menggantikan alat penimbang yang rosak dan 'gym chalk' / magnesium powder untuk kegunaan masa yang terdekat.


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Friday, September 23, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Negeri Sukan Olahraga Kuching

Salam 1 Malaysia

Tarikh : 20 September 2011
Venue : Stadium Mini, SMK Tabuan Jaya, Kuching
Jurulatih : Ckg. Rasia Lutang
Atlet : 12 orang

Latihan bagi pusat latihan ini dijalankan seperti biasa. Latihan bermula pada jam 4.00 hingga 6.00 petang. Kehadiran atlet pada hari itu memuaskan. Atlet yang bakal menduduki peperiksaan turut hadir dengan menjalani latihan ringan untuk mengekalkan tahap  kecergasan.

Antara latihan yang dijalankan ialah Larian 500m dan Larian Silang. Menurut jurulatih kaedah latihan turut diubahsuai. Terdapat beberapa orang atlet telah menunjukkan peningkatan kepada catatan masa peribadi mereka semasa latihan.

Menurut Jurulatih mereka turut membuat persiapan untuk Kejohanan Olahraga Antara Pusat Latihan Daerah ( PLD ) Sarawak pada 27 hingga 29 September 2011.

Sekian.

--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Thursday, September 15, 2011

Pemantauan Sukan Akuatik Terjun

Salam.

Tarikh : 14 Sept 2011
Masa : 4.00 pm
Lokasi : Dry Gym, Dewan Suarah Kuching
Jurulatih ; Pn. Harnani ( JPM MSNS )
               Cik Gracie Junita ( JPM MSNS )
Atlet : 11 orang

Sesi latihan dijalankan seperti biasa bermula jam 4.00 pm hingga 6.00 pm. Latihan pada petang tersebut melibatkan atlet berumur antara 7 - 9 tahun di mana atlet USPTN berlatih bersama-sama dengan atlet MSNS.  Latihan yang dijalankan adalah teknik asas seperti ayunan tangan, latihan mengeraskan kaki, pinggang dan perut. Latihan lompatan planta dan jala adalah untuk mengemaskan lagi lompatan dan teknik ayunan tangan.Jurulatih ada memaklumkan terdapat peralatan untuk latihan yang mengalami sedikit kerosakan iaitu hanging bar dan elastic rubber rope.

Jurulatih juga memaklumkan perancangan untuk mencari bakat baru ( talent scouting ) pada bulan Oktober depan, namun begitu tarikh masih belum ditetapkan. Sekolah yang telah dipilih untuk program tersebut adalah SK Kenyalang, SJK Chung Hua No.2, SK Satria Jaya dan SK Laksamana.

Sekian, terima kasih

--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
USPTN Sarawak


Friday, July 1, 2011

Laporan Pemantauan Sukan Gimnastik Artistik

Salam
 
Tarikh : 25 Jun 2011
Tempat : Dewan Gimnastik Petra Jaya, Kuching
 
 
Latihan berjalan seperti biasa di bawah JLN, En. Bogomil Momchilov. Mulai jam 9.30 hingga 1.30ptg. Seramai 16 orang gimnas telah menghadiri sessi latihan pada sabtu lepas.
 
Pada masa yang sama, pihak RTM bagi rancangan TV kanak - kanak 3,2,1 Mula telah membuat sessi penggambaran / rakaman ke atas gimnas lelaki di sepanjang sessi latihan tersebut.
 






Sekian.
 
 


-- 
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak