Thursday, September 15, 2011

Pemantauan Sukan Akuatik Terjun

Salam.

Tarikh : 14 Sept 2011
Masa : 4.00 pm
Lokasi : Dry Gym, Dewan Suarah Kuching
Jurulatih ; Pn. Harnani ( JPM MSNS )
               Cik Gracie Junita ( JPM MSNS )
Atlet : 11 orang

Sesi latihan dijalankan seperti biasa bermula jam 4.00 pm hingga 6.00 pm. Latihan pada petang tersebut melibatkan atlet berumur antara 7 - 9 tahun di mana atlet USPTN berlatih bersama-sama dengan atlet MSNS.  Latihan yang dijalankan adalah teknik asas seperti ayunan tangan, latihan mengeraskan kaki, pinggang dan perut. Latihan lompatan planta dan jala adalah untuk mengemaskan lagi lompatan dan teknik ayunan tangan.Jurulatih ada memaklumkan terdapat peralatan untuk latihan yang mengalami sedikit kerosakan iaitu hanging bar dan elastic rubber rope.

Jurulatih juga memaklumkan perancangan untuk mencari bakat baru ( talent scouting ) pada bulan Oktober depan, namun begitu tarikh masih belum ditetapkan. Sekolah yang telah dipilih untuk program tersebut adalah SK Kenyalang, SJK Chung Hua No.2, SK Satria Jaya dan SK Laksamana.

Sekian, terima kasih

--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
USPTN Sarawak


1 comment:

  1. good report. nanti forward permohonan alatan dan untuk program tid kepada pengurus. tahniah

    ReplyDelete