Friday, September 23, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Negeri Sukan Olahraga Kuching

Salam 1 Malaysia

Tarikh : 20 September 2011
Venue : Stadium Mini, SMK Tabuan Jaya, Kuching
Jurulatih : Ckg. Rasia Lutang
Atlet : 12 orang

Latihan bagi pusat latihan ini dijalankan seperti biasa. Latihan bermula pada jam 4.00 hingga 6.00 petang. Kehadiran atlet pada hari itu memuaskan. Atlet yang bakal menduduki peperiksaan turut hadir dengan menjalani latihan ringan untuk mengekalkan tahap  kecergasan.

Antara latihan yang dijalankan ialah Larian 500m dan Larian Silang. Menurut jurulatih kaedah latihan turut diubahsuai. Terdapat beberapa orang atlet telah menunjukkan peningkatan kepada catatan masa peribadi mereka semasa latihan.

Menurut Jurulatih mereka turut membuat persiapan untuk Kejohanan Olahraga Antara Pusat Latihan Daerah ( PLD ) Sarawak pada 27 hingga 29 September 2011.

Sekian.

--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

No comments:

Post a Comment