Wednesday, January 18, 2012

Pemantauan PLN Gimnastik Artistik Kuching

Tarikh : 17 Januari 2012 ( Selasa )

Tempat : Dewan Gimnastik, Petra Jaya Kuching


Latihan tetap diadakan seperti biasa bermula pada jam 2.00 ptg dibawah JLN En. Bogomil dan Pn. Gergana. Latihan dibahagikan kepada 2 sessi latihan mulai tahun ini dimana sessi latihan petang akan dihadiri oleh gimnas yang bersekolah sessi pagi manakala latihan sessi pagi akan dihadiri oleh gimnas yang bersekolah pada sessi petang.

Menurut jurulatih, pusat latihan memerlukan beberapa apparatus/peralatan yang baru bagi menggantikan apparatus lama yang tidak lagi boleh dipakai. Ini turut mempengaruhi persiapan gimnas kepada skil dan teknik yang baru.  Beberapa perkara berkenaan dengan persiapan SUKMA dan beberapa program pembangunan turut dibincangkan semasa pemantauan ini.


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak