Tuesday, September 30, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING

Tarikh       : 29 September 2014
Tempat     : Megalanes Adventure World, 
Hari           : Isnin
Masa         : 1900 - 2100pm
Kehadiran  : 12 atlet
                     4 Lelaki
                     8 Wanita
Jurulatih     :En Reginald Walter 
                    En Angelo Koay
                    En Jeff Chin

Latihan telah di hadiri oleh 4 orang atlet AAA dan 8 orang atlet AA. Peratusan kehadiran hari ini amat berkurangan jika dibandingkan dengan hujung minggu. Permantauan kali ini lebih kepada perbincangan dengan ibu bapa atlet. 

Isu seorang atlet AAA yang telah terpilih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memohon untuk penangguhan namun permohonan tidak diluluskan.

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Monday, September 29, 2014

KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 02/2014 - UUM SINTOK, KEDAH

Assalam

Tarikh : 22 - 26 Sept 2014
Venue : Lapang Sasar Memanah UUM Sintok, Kedah
Pegawai : Mohd. Saffuan b. Abd. Razak
Jurulatih : Abdul Razak b. Yaacob (MSNS)
Atlet : Mohd. Haziq b. Halim
          Edzhar Khaulani b. Jemain
          Angeline Phang
          Nurazwa Nabilah bt. Mazlan
          Wan Farah Aina bt. Wan Ahmadi

Ulasan
Pasukan Sarawak telah menghantar 5 atlet (2 atlet lelaki dan 3 atlet wanita) bagi kategori 2. Sebelum ke kejohanan tersebut, atlet yang terlibat telah menjalani latihan pusat selam seminggu bertempat di SMK Sematan, Sematan di bawah seliaan jurulatih En. Abdul Razak b. Yaacob.

Keputusan Kejohanan bagi pasukan Sarawak.
Kategori (Recurve Individu Qualifying)
1. Mohd. Haziq b. Halim
    Acara : 70m Lelaki Kat 2 - 244/29
                 60m Lelaki Kat 2 - 312/2
                 50m Lelaki Kat 2 - 244/26
                 30m Lelaki Kat 2 - 307/21
    Jumlah : 1107/14

2. Edzhar Khaulani b. Jemain
    Acara : 70m Lelaki Kat 2 - 246/25
                 60m Lelaki Kat 2 - 266/22
                 50m Lelaki Kat 2 - 224/35
                 30m Lelaki Kat 2 - 299/31
    Jumlah : 1035/24

3. Angeline Phang
    Acara : 60m Wanita Kat 2 - 240/17
                 50m Wanita Kat 2 - 281/14
                 40m Wanita Kat 2 - 274/15
                 30m Wanita Kat 2 - 307/11
    Jumlah : 1102/15

4. Wan Farah Aina bt. Wan Ahmadi
    Acara : 60m Wanita Kat 2 - 235/20
                 50m Wanita Kat 2 - 261/19
                 40m Wanita Kat 2 - 292/6
                 30m Wanita Kat 2 - 308/9
    Jumlah : 1096/16

5. Nurazwa Nabilah bt. Mazlan
    Acara : 60m Wanita Kat 2 - 215/28
                 50m Wanita Kat 2 - 228/35
                 40m Wanita Kat 2 - 220/27
                 30m Wanita Kat 2 - 291/17
    Jumlah : 954/26

Kategori (Recurve Individu Olympic Round)
1. Mohd. Haziq b. Halim : 
    1/32 : Sarawak 6 - 0 MSD PP
    1/16 : Sarawak 6 - 4 Perlis
    1/8   : Sarawak 6 - 4 Kelantan
    1/4   : Sarawak 6 - 0 WP Labuan
    1/2   : Sarawak 3 - 7 Johor (Kedudukan 3 & 4)

2. Edzhar Khaulani b. Jemain :
    1/32 : Sarawak 1 - 7 Terengganu

3. Angeline Phang :
    1/32 : Sarawak 6 - 0 Kelantan
    1/16 : Sarawak 2 - 6 P. Pinang

4. Wan Farah Aina bt. Wan Ahmadi :
    1/32 : Sarawak 6 - 2 Kelantan
    1/16 : Sarawak 6 - 0 Kedah
    1/8   : Sarawak 0 - 6 Elit

5. Nurazwa Nabilah bt. Mazlan :
    1/32 : Sarawak 0 - 6 Perak

Kategori (Recurve Team Olympic Round) Wanita
1. Angeline Phang
    Wan Farah Aina b. Wan Ahmadi
    Nurazwa Nabilah bt. Mazlan
     1/8   : Sarawak - Bye
     1/4   : Sarawak 2 - 6 Pahang

Sepanjang kejohanan, atlet telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertandingan dan telah dibantu oleh Jurulatih MSNS, En. Abdul Razak b. Yaacob. Walaupun hanya memperolehi satu pingat Perak melalui atlet Mohd. Haziq b. Halim (Acara 60m Lelaki Kat 2) namun prestasi score telah meningkat bagi semua atlet. Diharap atlet akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meningkat lagi score pada kejohanan sirkit 3 dan pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.


Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Memanah. Pelayaran. Tenis.


PEMANTAUAN SUKAN RENANG DI KOLAM RENANG KELAB GOLF SARAWAK (KGS) KUCHING

Salam

Tarikh: 27 September 2014
Masa: 07:15pm - 08:15pm
Tempat: Kolam Renang Kelab Golf Sarawak (KGS), Kuching

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
  1. En. Mohd Faizal Bin Ibrahim - PPN USPTN Sukan Renang
  2. En. Aaron Chua Chen Hock - JSM USPTN Sukan Renang
  3. En. Gary Lau Yee Lee - JPM Sukan Renang MSN Sarawak
Kehadiran Atlet
  1. 7 - Lelaki
  2. 6 - Wanita
Ulasan
Untuk sesi latihan hari ini, seramai 13 daripada 15 orang atlet telah hadir berlatih. Sesi latihan dijalankan seawal jam 6:30pm kerana jurulatih mahu memberikan latihan tambahan kepada para atlet bagi menghadapi Pertandingan Dalaman Sukan Renang Antara Sekolah-sekolah 2014 anjuran USPTN bersama MSN Sarawak, Persatuan Renang Amatur Negeri Sarawak dan Persatuan Renang Amatur Kota Samarahan yang bakal diadakan pada 4 - 5 Oktober 2014 bertempat di Pusat Akuatik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching yang akan melibatkan semua atlet daripada PLN Kuching.

Sesi Latihan
  1. Sesi latihan diadakan adalah seperti berikut :-
  2. 300m warm up
  3. 12 x 100m butterfly, backstroke, breaststroke,Freestyle
  4. 3.5 x (6 x 50m) 4 own stroke, 2 2nd own stroke
  5. 400m own stroke kick
  6. 12 x 100m free pull (paddle)
  7. 200m warm down

Sekian, terima kasih.

--
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
Majlis Sukan Negara Malaysia

Sunday, September 28, 2014

PEMANTAUAN SESI LATIHAN SUKAN MENEMBAK

Tarikh       : 28 September 2014
Tempat     : Lapang Sasar Menembak Balai Polis Batu Kawa
Hari          : Ahad
Masa        : 1300 pm - 1530pm

Kehadiran : 12 atlet
                     7 Lelaki 5 Wanita
Jurulatih    : Pn Tamarra Antsipava
                    Pn Christina Liew
Teknikal    :  En Hawi Brodie

Latihan telah diadakan 2 sesi pada hari ini iaitu sesi pagi dan petang, Seramai 12 orang telah hadir pada sesi latihan sebelah petang. Pada sebelah petang atlet telah didedahkan dengan latihan dalam acara pertandingan akhir 20 shot. Seramai 5 orang atlet telah terlibat iaitu 10m Air Pistol 2 lelaki dan 2 wanita. 10m Air Rifle 1 wanita. Bagi atlet-atlet yang lain latihan adalah seperti biasa (dryfire)

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2/2014,

Tempat        : RTC Kota Bharu, Kelantan
Tarikh          : 23 - 27 September 2014
Penyertaan : 7 Orang
                     
Pegawai     : En Awang Fadilah b. Jaya
Jurulatih     : En Joseph Harry

                   Atlet                                                      Kategori

1. Mohd Aimal Arif b. Annuar                                      38 kg  
2. Wilson Berayin Ak Sumbang                                  42 kg 
3. Timothy Ak Martin                                                   46 kg
4. Duane Pasang Ak Layang                                      48 kg
5. Mohd Azmin Alif b. Annuar                                     50 kg

USPTN Sarawak telah menghantar seramai 5 petinju ke kejohanan ini. Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini menyaksikan penglibatan lebih 170 petinju dari seluruh Malaysia termasuk penyertaan daripada negara jiran Singapura.

USPTN Sarawak telah berjaya memperolehi 1 Emas menerusi Wilson Berayin ak Sumbang 42kg dan 1 Gangsa menerusi Mohd Aimal Arif b. Annuar 38kg. Manakala Mohd Azmin Alif b. Annuar 50kg hanya layak ke suku akhir dan 2 lagi petinju Sarawak tewas pada pusingan awal kejohanan.

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK, KUCHING

Tarikh : 26 September 2014 ( Jumaat ) 
Masa : 5.00 ptg
Venue : Dewan Gimnastik, Off Jalan Stadium Kuching

Kehadiran : 17 atlet
                      JLN -Bogomil Ivanov Momchilov
                      JLN -Gergana Kostadinova Momchilova


Ulasan :

Sesi Latihan telah bermula jam 2.30 - 5.30 ptg dan 3.00 - 6.00 ptg untuk sesi atlet senior. Atlet senior diberikan program latihan teknik baru untuk penyertaan kejohanan pada masa yang akan datang. Beberapa atlet turut tersenarai dalam Pasukan Antara Sekolah Peringkat  Asia di Filipina.

Menurut jurulatih, program dari pihak PSK yang tidak tetap menyebabkan program latihan dan perancangan ke tahap yang lebih baik terganggu. JLN turut menyatakan bahawa nama atlet bagi penyertaan peringkat zon masih belum ditetapkan dan akan dihantar kemudian dalam masa yang terdekat ini.


Sekian, terima kasih.


Sent from Samsung tablet

Friday, September 26, 2014

Fwd: PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT, MIRI, SMK BAKONG & SMK TINJAR, BARAM MIRI DAN SUKAN SKUASY DI MIRI


PLN SUKAN ANGKAT BERAT 

Tarikh : 23 September 2014 ( Selasa )
Masa : 3.00 ptg 
Venue : Gimnasium,Stadium Miri,Miri


Ulasan

Latihan pada hari tersebut  telah diadakan di gimnasium, Majlis Sukan Bahagian Miri, Miri. Kehadiran pada hari tersebut kurang memuaskan kerana beberapa atlet terlibat dengan PT3, peperiksaan Tingkatan 3 dan persiapan peperiksaan SPM. Atlet - telah menunjukkan kemajuan dan minat dalam latihan sukan ini walaupun terdapat kekangan dari bentuk fasiliti latihan.

Beberapa atlet telah tersenarai untuk menyertai kejohanan pada pertengahan Oktober nanti dan ia juga bergantung kepada peruntukan kejohanan yang agak terhad. 

Jurulatih turut memaklumkan tidak mempunyai peralatan yang lengkap untuk menjalani latihan menyebabkan latihan tidak dapat dijalankan mengikut program yang telah dirancangkan. 

Perancangan pemantauan yang seterusnya akan dilakukan dalam bulan Oktober selepas Kejohanan Remaja Kebangsaan di Selangor nanti. 

Pemantauan turut dilakukan lagi sekali pada 25 September 2014 ( Khamis ) pada jam 4.45 ptg. Atlet telah diberikan kata nasihat dan kata semangat supaya lebih rajin, memberikan kerjasama dan tidak berputus asa dalam sukan ini semasa perjumpaan secara tidak langsung pada hari tersebut.


PLN & PPS SUKAN ANGKAT BERAT


Tarikh : 24 September 2014
Masa  : 10.00 pagi dan 2.00 ptg
Venue :  SM Bakong & SMK Tinjar, Baram, Miri

Ulasan

Lawatan pemantauan ke kedua sekolah tersebut turut diiringi oleh Jurulatih, Jonathan Patrick dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 minit kerana keadaan jalan yang kurang baik pada beberapa kawasan dan banyak kenderaan besar yang turut menggunakan jalan yang sama di sepanjang perjalanan.  Walaubagaimanapun, keadaan jalan adalah lebih baik dari keadaan asal pada beberapa bulan yang lepas. Jarak diantara dua sekolah ini juga agak jauh.

Lawatan kami telah disambut baik oleh guru dari kedua - dua sekolah tersebut. Perjumpaan bersama atlet telah diadakan dan turut berjumpa dengan pengetua sekolah. Pada masa yang sama, sekolah juga mempunyai peperiksaan PT3 - peperiksaan Tingkatan Tiga sedang berlangsung. 

Atlet turut diberikan kata-kata perangsang bagi meningkatkan motivasi atlet di luar bandar ini supaya lebih berdisiplin, rajin, komitment tinggi dan tidak berputus asa dalam bidang Sukan Angkat Berat ini untuk terus maju.

Beberapa atlet turut disenaraikan untuk menyertai kejohanan yang akan datang di Selangor dan juga Kejohanan Grand Final Peringkat Zon di Kuantan, Pahang tetapi turut bergantung dengan keadaan peruntukan yang diluluskan kelak.

Jurulatih yang turut ditugaskan untuk membantu di sekolah tersebut untuk sesi latihan mereka ialah Filicia Muyat dan Sylvia Buda yang merupakan bekas atlet negeri di SUKMA. Guru yang telah dilantik untuk program sukan ini di kedua - dua sekolah tersebut tidak berada di sekolah tersebut kerana mempunyai tugasan luar kawasan dan menghadiri kursus dibawah program Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Atlet tetap menjalani latihan seperti biasa di bawah jurulatih yang sedia ada.


SUKAN SKUASY

Tarikh : 25 September 2014
Masa :  3.00 ptg
Venue : Kelab Gymkhanna, Miri

Ulasan :

Latihan dibawah pemantauan JSM, En. Jewa Singh, di bawah Program USPTN. Kehadiran atlet memuaskan dan atlet dibahagi kepada beberapa kumpulan dan jadual berasingan kerana bilangan gelanggang yang terhad. 

Jurulatih memaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah dengan pembayaran sewaan bagi penggunaan gelanggang kerana pihak pengurusan telah menaikkan kadar sewa. Beliau memohon untuk pertimbangan subsidi bagi pembayaran sewa gelanggang untuk sesi latihan atlet - atlet dibawah pemantauan beliau. Beliau turut memaklumkan akan mengemaskini senarai atlet terkini dan dihantar kepada pegawai yang berkenaan.


Sekian, terima kasih


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Pemantauan Sukan Olahraga

Tarikh: 25.9.2014
Masa: 3.30pm - 5.00pm
Tempat: Stadium Mini Tabuan Jaya, Kuching

Kehadiran:
  1. En. Mohamad Ikmal Bin Afandi - SDO
  2. Pn. Rasia Anak Lutang - JSM
  3. 11 orang Atlet
Latihan
  • Latihan banyak memfokuskn kepada "Drills Relay" untuk persiapan atlet ke Sibu Open minggu depan.
  • Larian 300m x 2 X 2
  • Latihan pliometrik guna 6 pagar
Ulasan
  • Kehadiran atlet agak tidak memuaskn disebabkan oleh seramai 9 orang atlet akan menduduki SPM dan 3 orang atlet akan menduduki PMR. Mereka di beri kelonggaran untuk tidak menghadiri sesi latihan.
  • Latihan berjalan seperti biasa dan lancar.

Sekian, Terima Kasih.

Mohamad Ikmal Bin Afandi
SDO Olahraga
Unit Sukan Prestasi Tinggi Sarawak