Monday, September 22, 2014

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON (Sept 2014/02) - SARAWAK JUNIOR STATE CLOSED 2014 (2nd LEG) - U12 & U15

Salam

Tarikh     : 20 & 21 September 2014
Masa       : 10.30 pagi - 5.30 petang
Tempat   : Dewan Badminton SBA, Kuching

Kehadiran Jurulatih :
En. Dwi Ariyanto (Jurulatih MSNS)
En. Rukita (Jurulatih SBA)

Kehadiran Atlet:
8 orang atlet

Ulasan :

Sarawak Junior State Closed 2014 (2nd Leg) - U12 & U15 telah diadakan selama 3 hari bermula dari 19 hingga 21 September 2014 di Dewan Badminton SBA, Kuching. Kejohanan tertutup ini telah disertai oleh 17 buah kelab daripada 5 bahagian sekitar Sarawak iaitu Kuching, Miri, Sibu, Lawas dan Bintangor. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 207 orang atlet. Sistem knock-out telah digunakan untuk kejohanan ini. Dimaklumkan bahawa tujuan utama kejohanan ini adalah untuk membuat pemilihan atlet untuk mewakili Sarawak  ke kejohanan Inter-state yang akan diadakan Disember 2014 nanti.

Kategori dipertandingkan :
1) Bawah 12 tahun (L & W) - Single
2) Bawah 15 tahun (L & W) - Single
3) Bawah 12 tahun (L & W) - Double
4) Bawah 15 tahun (L & W) - Double

7 orang atlet di bawah program menyertai kejohanan ini. 5 daripadanya layak mara ke suku akhir. Dan setelah itu, hanya 1 pasukan beregu wanita bawah 15 tahun dan 1 pasukan beregu lelaki bawah 12 tahun mara ke separuh akhir sebelum kalah di pusingan tersebut. 

Secara keseluruhan, para atlet telah menunjukkan daya saing yang baik. 

Sekian, terima kasih.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Badminton
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment