Thursday, September 25, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN (Sept. 2014/02)

Salam.

Tarikh       : 24 September 2014
Masa         : 3.00 petang - 4.00 petang
Tempat     : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS Kuching

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman ( SDO Sukan Terjun )
Pn. Rosatimah Bt Muhammad ( JPM USPTN )
Pn. Harnani Bt Muhammad ( JPM MSNS )
Pn. Xiao Xia ( JLN )

Kehadiran Atlet :
15 orang Atlet

Ulasan :

Kehadiran atlet adalah sangat baik. Para atlet menjalani sesi latihan seperti biasa. Semasa sesi pemantauan ini dilakukan, para atlet sedang menjalani sesi warming up yang memfokuskan pada lenturan badan dan kekuatan di bahagian core muscle sebelum melakukan rutin-rutin yang lain yang lebih spesifik. 

Seramai 4 orang atlet telah menyertai Kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan Sirkit 02/2014 yang berlangsung di Pusat Akuatik Paroi, Negeri Sembilan pada 12 hingga 14 September 2014 yang lalu. Keputusan daripada kejohanan tersebut amat memberangsangkan di mana para atlet telah memperoleh 6 emas, 1 perak dan 1 gangsa di kejohanan tersebut.

Pada sesi pemantauan kali ini, satu perbincangan ringkas bersama para jurulatih mengenai persediaan awal untuk mengadakan program talent ID telah dilakukan. Mesyuarat JKK Bil. 02/2014 akan diadakan pada 7 Oktober 2014 nanti. 

Sekian, terima kasih.

----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Terjun 
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment