Thursday, September 11, 2014

PEMANTAUAN SUKAN TERJUN (Sept. 2014/01)

Salam.

Tarikh     : 10 September 2014
Masa       : 5.45 petang - 7.00 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Pn. Rosatimah Bt Muhammad (JPM)
Pn. Harnani Bt Muhammad (JPM)
Pn. Xiao Xia (JLN)

Kehadiran Atlet :
14 orang atlet

Ulasan :

Kehadiran atlet sedikit berbanding dengan sesi latihan sebelum ini di mana terdapat beberapa orang atlet tidak hadir kerana fokus kepada peperiksaan dalaman. Seperti biasa, sesi latihan dibahagi kepada 2 kumpulan. 4 orang atlet akan menyertai Kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan Sirkit 02/2014 yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 September 2014 di Pusat Akuatik Paroi, Negeri Sembilan dengan diiringi oleh JPM Rosatimah.  2 orang atlet telah menarik diri daripada program. Oleh yang demikian, JPM mencadangkan agar program talentspot dilaksanakan sebelum cuti sekolah hujung tahun ini, bergantung kepada tenaga jurulatih semasa. 

Sekian.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Terjun 
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment