Monday, September 15, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SUKAN MEMANAH - AKTIVITI LATIHAN PUSAT MUSIM CUTI SEKOLAH.

Assalamualaikum

Tarikh : 13 & 14 Sept 2014
Masa : 8.30 - 11.00 pagi
            2.30 - 5.00 petang
Venue : SMK Sematan
Jurulatih : Ribep ak. Bisen
                Abdul Razak Yaacob (Ketua Jurulatih Memanah MSNS)

Kehadiran : 12 orang (5L , 7W)

Latihan
1. Form Shooting
2. Shoot 30M
3. Latihan Kecergasan : Larian Pusingan Padang - 2 kali
                                       Tekan Tubi - 30 kali
                                       Hand Stand - 3 set (1set / 1 min)
4. Bow Training
5. Peptalk

Peralatan
1. Hak milik sekolah dan USPTN
2. Masih dalam keadaan baik
3. Beberapa target butt telah rosak.

Ulasan
1. Perlaksanaan Program Latihan sempena cuti sekolah - Kem Latihan Pusat Sukan Memanah di bawah seliaan Ketua Jurulatihan MSNS, En. Abdul Razak Yaacob
2. Matlamat program latihan tersebut adalah sebagai persediaan ke kejohanan sirkit remaja kebangsaan dan menigkatkan prestasi atlet bagi sasaran ke SUKMA XIX Sarawak 2016.
3. Sasaran Peserta yang terlibat : 11 orang SMk Sematan
                                                       6 orang dari sekolah rendah yang berhampiran
                                                       2 atlet dari Kelab Kenyalang.
4. Ada peserta yang telah mula berlatih dan ada beberapa orang lagi yang akan hadir pada hari Isnin.
5. Perbincangan bersama ketua jurulatih, cadangan untuk mengadakan satu program pada hujung tahun ini yang akan melibatkan beberapa buah sekolah yang terlibat di bawah program. 
6. Cadangan permohonan peralatan juga akan dibuat selepas ketua jurulatih meneliti spesifikasi yang sesuai untuk atlet.
7. Kawasan tempat latihan juga akan dinaik taraf dengan pembinaan tempat berteduh dengan menggunakan bajet dari pihak sekolah.

Sekian terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Memanah. Pelayaran. Tenis.

No comments:

Post a Comment