Friday, September 26, 2014

Fwd: PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT, MIRI, SMK BAKONG & SMK TINJAR, BARAM MIRI DAN SUKAN SKUASY DI MIRI


PLN SUKAN ANGKAT BERAT 

Tarikh : 23 September 2014 ( Selasa )
Masa : 3.00 ptg 
Venue : Gimnasium,Stadium Miri,Miri


Ulasan

Latihan pada hari tersebut  telah diadakan di gimnasium, Majlis Sukan Bahagian Miri, Miri. Kehadiran pada hari tersebut kurang memuaskan kerana beberapa atlet terlibat dengan PT3, peperiksaan Tingkatan 3 dan persiapan peperiksaan SPM. Atlet - telah menunjukkan kemajuan dan minat dalam latihan sukan ini walaupun terdapat kekangan dari bentuk fasiliti latihan.

Beberapa atlet telah tersenarai untuk menyertai kejohanan pada pertengahan Oktober nanti dan ia juga bergantung kepada peruntukan kejohanan yang agak terhad. 

Jurulatih turut memaklumkan tidak mempunyai peralatan yang lengkap untuk menjalani latihan menyebabkan latihan tidak dapat dijalankan mengikut program yang telah dirancangkan. 

Perancangan pemantauan yang seterusnya akan dilakukan dalam bulan Oktober selepas Kejohanan Remaja Kebangsaan di Selangor nanti. 

Pemantauan turut dilakukan lagi sekali pada 25 September 2014 ( Khamis ) pada jam 4.45 ptg. Atlet telah diberikan kata nasihat dan kata semangat supaya lebih rajin, memberikan kerjasama dan tidak berputus asa dalam sukan ini semasa perjumpaan secara tidak langsung pada hari tersebut.


PLN & PPS SUKAN ANGKAT BERAT


Tarikh : 24 September 2014
Masa  : 10.00 pagi dan 2.00 ptg
Venue :  SM Bakong & SMK Tinjar, Baram, Miri

Ulasan

Lawatan pemantauan ke kedua sekolah tersebut turut diiringi oleh Jurulatih, Jonathan Patrick dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 minit kerana keadaan jalan yang kurang baik pada beberapa kawasan dan banyak kenderaan besar yang turut menggunakan jalan yang sama di sepanjang perjalanan.  Walaubagaimanapun, keadaan jalan adalah lebih baik dari keadaan asal pada beberapa bulan yang lepas. Jarak diantara dua sekolah ini juga agak jauh.

Lawatan kami telah disambut baik oleh guru dari kedua - dua sekolah tersebut. Perjumpaan bersama atlet telah diadakan dan turut berjumpa dengan pengetua sekolah. Pada masa yang sama, sekolah juga mempunyai peperiksaan PT3 - peperiksaan Tingkatan Tiga sedang berlangsung. 

Atlet turut diberikan kata-kata perangsang bagi meningkatkan motivasi atlet di luar bandar ini supaya lebih berdisiplin, rajin, komitment tinggi dan tidak berputus asa dalam bidang Sukan Angkat Berat ini untuk terus maju.

Beberapa atlet turut disenaraikan untuk menyertai kejohanan yang akan datang di Selangor dan juga Kejohanan Grand Final Peringkat Zon di Kuantan, Pahang tetapi turut bergantung dengan keadaan peruntukan yang diluluskan kelak.

Jurulatih yang turut ditugaskan untuk membantu di sekolah tersebut untuk sesi latihan mereka ialah Filicia Muyat dan Sylvia Buda yang merupakan bekas atlet negeri di SUKMA. Guru yang telah dilantik untuk program sukan ini di kedua - dua sekolah tersebut tidak berada di sekolah tersebut kerana mempunyai tugasan luar kawasan dan menghadiri kursus dibawah program Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Atlet tetap menjalani latihan seperti biasa di bawah jurulatih yang sedia ada.


SUKAN SKUASY

Tarikh : 25 September 2014
Masa :  3.00 ptg
Venue : Kelab Gymkhanna, Miri

Ulasan :

Latihan dibawah pemantauan JSM, En. Jewa Singh, di bawah Program USPTN. Kehadiran atlet memuaskan dan atlet dibahagi kepada beberapa kumpulan dan jadual berasingan kerana bilangan gelanggang yang terhad. 

Jurulatih memaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah dengan pembayaran sewaan bagi penggunaan gelanggang kerana pihak pengurusan telah menaikkan kadar sewa. Beliau memohon untuk pertimbangan subsidi bagi pembayaran sewa gelanggang untuk sesi latihan atlet - atlet dibawah pemantauan beliau. Beliau turut memaklumkan akan mengemaskini senarai atlet terkini dan dihantar kepada pegawai yang berkenaan.


Sekian, terima kasih


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

No comments:

Post a Comment