Thursday, June 30, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK RENANG - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 28 Jun 2016
Masa : 5.30pm
Venue : Pusat Akuatik Negeri, Petra Jaya, Kuching
Jurulatih : Hii Hieng Chiong (JPM)
               Mandu ak. Nyungkan (JPM MSNS)

Kehadiran : 13 orang (7L, 6W) 

Latihan 
1. 800m warm up (100 Free/50 IM/50 Back)
2. (5 x 200m FR) x 3 sets on 2 mins 45 secs
3. 15 x 100m Pulling on 1 - 25. 100m easy.
4. 16 x 50m on 45 secs. 100m easy.
5. 500m relaxation swim.

Ujian
Tiada

Pertandingan
Tiada

Peralatan
Tiada

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Jurulatih komited dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam persediaan atlet Sukma 2016
2. Disiplin atlet memuaskan
 
Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang. Akuatik Terjun.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh :  29 Jun 2016
Masa : 4.50pm
Venue : Pusat Akuatik Negeri, Petra Jaya, Kuching
Jurulatih : Xiao Xia (JLN MSNS)
               Rosatimah bt. Muhammad (JPM MSNS)
               Abdul Rashid b. Muhammad (JPM MSNS)

Kehadiran : 15 orang (10L, 5W) 

Latihan 
1. Dry Gym
2. 1m Papan Anjal
3. 3m Papan Anjal
4. 5m Platform
5. 7m Platform
6. 10m Platform

Ujian
Tiada

Pertandingan
Tiada

Peralatan
Tiada

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Latihan dalam bulan Ramadan dijalankan seperti biasa.
2. Kehadiran dan disiplin atlet memuaskan
3. Atlet yang mengalamai kecederaan, telah beransur pulih namun hanya menjalani latihan ringan.

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang. Akuatik Terjun.

PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO BULAN JUN 2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 29 Jun 2016
Masa : 1930hrs - 2030hrs
Venue : Kuching Taekwondo Self-Defence Academy, Jalan Satok, Kuching
Kehadiran: PPN Sukan Taekwondo USPTN Sarawak, Mohd Faizal Bin Ibrahim, JSM Taekwondo USPTN , En. Joseph Chang Siang Ping
Kehadiran: 15 Atlet (7 Lelaki & 8 Wanita)

LATIHAN
1. Basic Kick
2. Target Kicking
3. Turning Kick
4. Sesi Latihan Upgrading (Taegeuk 7 & 6 Jang, Goryeo - 1 Dan)

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
1. Vest - 10 Set
2. Head Protector - 20 Set
3. Foreoarm Guard - 10 Set
4. Shin Guard - 10 Set
5. Groin Guard - 10 Ser
6. Kicking Target - 5 Set
7. Arm Target - 5 Set
8. Punching Bag - 3 Set

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN / ISU
1. Kehadiran sesi latihan kali ini baik meskipun pelajar Muslim tidak ramai yang hadir kerana musim bulan Ramadhan.

2. Untuk sesi latihan malam ini,program latihan terbahagi kepada 2 iaitu sesi latihan 'sparring' dan sesi latihan Upgarding (Taegeuk 7 & 6 Jang, Goryeo - 1 Dan).

3. Para atlet yang menjalani Latihan Pusat di Bangkok, Thailand bagi persediaan SUKMA XVIII 2016 akan pulang ke tanah air pada 30 Jun 2016 dan akan meneruskan sesi latihan mereka di Pusat Latihan Taekwondo Sarawak SUKMA XVIII 2016 di Taman Heritage, Kuching.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat,Tenis,Taekwondo, Tinju & Olahraga

PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL JUN 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tarikh  : 29 Jun 2016 
Masa   : 2.30 pm - 5.30 pm
Venue  : Jalan FAC, Matang

Kehadiran :
- Faizal Dzulkaflee ( JSM )
- 4 L 2 W atlet

Latihan :
- 80km easy ride

Ujian :
- Tiada

Pertandingan :
- Tiada

Peralatan :
- Tiada

Kecederaan :
- Tiada

Program Binaan :
- Tiada

Ulasan :
- JSM memaklumkan kadar kehadiran atlet pada bulan puasa kurang memuaskan terutama semasa sesi latihan di jalan raya.

Sekian, terima kasih.

-- 

Mohamad Ikmal Bin Afandi

Pen. Pegawai Belia dan Sukan

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak

Wednesday, June 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 26 Jun 2016
Masa : 10.40am
Venue : Lapang Sasar Menembak Balai Polis Batu Kawa, Kuching
Jurulatih : Christina Liew (JSM)
               Ahmad Anai (JPM MSNS)

Kehadiran : 16 orang (9L, 7W)

Latihan
1. 10m Air Pistol
2. 10m Air Rifle
3. 50m Prone
4. 50m 3 Position
5. 50m Free Pistol
6. 25m Sport Pistol

Ujian
Monthly Scoring - Atlet Sukma 2016

Pertandingan
Tiada

Peralatan
Atlet telah mula menggunakan senjata baru.

Kemudahan
Tiada

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1.Kehadiran memuaskan.
2. Keadaan tempat latihan 10m kurang kemas. Atlet perlu berdisiplin untuk menjaga tempat latihan.
3. Catatan scoring hari ini memuaskan.
4. Atlet perlu mengambil masa yang cepat untuk menyesuaikan diri dengan senjata baru.
5. Komen daripada atlet yang telah menggunakan senjata baru, ada penignkatan pada scoring dan prestasi.
6. Venue Sukma hampir siap. Atlet dijangka akan mula berlatih di venue tersebut pada hujung minggu depan.

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang. Akuatik Terjun.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 25 Jun 2016
Masa : 10.30am
Venue : Dewan Gimnastik Petra Jaya, Kuching
Jurulatih : Bogomil Ivanov Momchilov
               Gergana Kostadinova

Kehadiran : 14 orang (2L, 12W)

Latihan
1. Vault
2. Unevenbar
3. Balance Beam
4. Floor Exercise

Ujian
- Control Test - Atlet Sukma 2016
Lelaki
1. Vault
2. Rings
3. Parallel Bar
4. Floor Exercise

Wanita
1. Vault
2. Unevenbar
3. Balance Beam
4. Floor Exercise

Pertandingan
Tiada

Peralatan
Peralatan dalam keadaan baik

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Control Test dibuat setiap minggu pada hari Sabtu bagi bulan ini.
2. Ujian tersebut memberi tumpuan penilaian prestasi atlet sebagai persediaan Sukma 2016.
3. Makluman jurulatih, juri daripada Kuala Lumpur akan hadir pada 3 Julai untuk membuat penilaian prestasi atlet sebelum Sukma. Proses penilaian akan dibuat di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak.

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang. Akuatik Terjun.

Friday, June 24, 2016

PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH BULAN JUN 2016

SUKAN: Memanah
Tarikh : 22 Jun 2016
Masa : 3.00 pm - 4.30 pm 
Tempat : Lapang Sasar Kelab Memanah Kenyalang, Kuching

Kehadiran : 
- En. Asrizal bin Mohd Haris - JSM USPTN
- Atlet - 5 Lelaki 4 Wanita

LATIHAN
- Form Shooting

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
- Tiada
 
KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU
1. JSM memaklumkan masih banyak kelemahan dari segi form shooting dan untuk bulan mei & jun sesi latihan banyak menumpukan kepada latihan tersebut.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohamad Ikmal Bin Afandi
PPN Memanah Negeri Sarawak

PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL BULAN JUN 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tarikh  : 20 Jun 2016 
Masa   : 2.30 pm - 5.30 pm
Venue  : Gymnasium MSNS

Kehadiran :
- Faizal Dzulkaflee ( JSM )
- Ealfy Greogary (Pegawai ISN)
- 5 L 5 W atlet

Latihan :
Strength Training (lower body)
- Half squad
- Lunges
- Leg curl

Ujian :
- Tiada

Pertandingan :
- Tiada

Peralatan :
- Tiada

Kecederaan :
- Tiada

Program Binaan :
- Tiada

Ulasan :
- Pegawai ISN memaklumkan intensity latihan untuk bulan puasa dikurangkan.

Sekian, terima kasih.

-- 

Mohamad Ikmal Bin Afandi

Pen. Pegawai Belia dan Sukan

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak

Thursday, June 23, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK RENANG - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 21 Jun 2016
Masa : 7.30pm
Venue : Kolam Renang Kelab Golf Sarawak
Jurulatih : Tang Hung Mui (JSM) - Tiada

Kehadiran : 9 orang (5L, 4W) 

Latihan 
1. Land Exercise
2. 400m Freestyle : 2x (8x50) freestyle @ 75"
                               i. Drills Arm 3 x 3 for 50m
                               ii. Boxing swim for 25m / 25m normal swim
3. 300m swim
4. 200m cool down

Ujian
Tiada

Pertandingan
Tiada

Peralatan
Tiada

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1.Latihan dijalankan seperti biasa
2. JSM tidak hadir kerana menghadiri kursus spesifik di Kuala Lumpur
3. Atlet diselia oleh JPM MSNS
4. Kehadiran kurang atas sebab kelas tusyen
 
Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang. Akuatik Terjun.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMRAMA - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 21 Jun 2016
Masa : 4.20pm
Venue : Queens Tower, Kuching
Jurulatih : Joan Chong (Pembantu Jurulatih)

               Eileen Wong (Pembantu Jurulatih)

   
Kehadiran : 6 (0L, 6W)

Latihan

1. Warm up : Stretching

2. Grade 2 : Alignment

3. Grade 2 : Hoop

Ujian
Tiada

Pertandingan 
Tiada

Kecederaan
Tiada

Peralatan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Kehadiran kurang kerana mengikut jadual kelas masing-masing

2. JPM Shaleen sedang memberi latihan intensif kepada atlet sukma di Bukit Jalil

3. Latihan diselia oleh pembantu jurulatih semasa ketiadaan JPM.

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang. Akuatik Terjun.

Tuesday, June 21, 2016

LAPORAN PENUH LAWATAN PUSAT LATIHAN NEGERI SUKAN OLAHRAHA DI BAHAGIAN SIBU DAN SARIKEI (13 - 15 JUN 2016)

Lawatan Pusat Latihan Sukan Olahraga di Bahagian Sibu dan Sarikei bermula pada 13 hingga 15 Jun 2016. Terdapat Tiga buah sekolah telah dikenalpasti dan lawatan telah diadakan iaitu di SMK Tung Hua, Bintangor, Sarikei, SMK Tinggi Sarikei dan SMK Sacred Heart, Sibu.

Lawatan di SMK Tung Hua, Bintangor, Sarikei (13 Jun 2016)

Dari Bandar Sibu menuju ke Bandar Sarikei mengambil masa selama lebih kurang 1 jam dimana jarak perjalanan ialah lebih kurang 55km – 60km. Sesi perjumpaan telah diadakan bersama pengetua sekolah, En. Tan Kim Hock, Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Ling Harn Song dan guru/jurulatih Olahraga iaitu En. Liong Shuen Keong. Saya meluangkan masa selama 45 minit bersama mereka dimana saya telah menerangkan serba sedikit berkenaan dengan Program Pelapis USPTN dan saya juga memaklumkan objektif dan matlamat saya melawat pusat latihan di sekolah mereka.

Setelah selesai sesi perbincangan, saya dibawa oleh pihak sekolah untuk melawat stor peralatan – peralatan latihan dan venue latihan di sekolah tersebut. Berikut ialah keterangan ringkas mengenai fasiliti kemudahan latihan dan peralatan latihan yang sedia ada di SMK Tung Hua, Sarikei:-

 

Fasiliti Kemudahan Latihan

Dewan Terbuka
Karpet Trek untuk Latihan Merejam Lembing
Padang (jarak 90m) dilengkapi denganTapak Latihan LemparCakera, Lontar Peluru dan Baling Tukul Besi.

Peralatan Latihan

Peluru (5kg) – 5 Biji
Peluru (4kg) – 5 Biji
Peluru (3kg) – 5 Biji
Cakera (1.5kg) – 6 Biji
Cakera (1kg) – 6 Biji
BuahTukul (5kg) – 5 Biji
BuahTukul (4kg) – 5 Biji
Dawai dan Pemegang – 15 Biji
Lembing (700g) – 6 Batang
Lembing (600g) – 6 Batang

Sesi latihan diadakan sebanyak 10 sesi seminggu (2 sesi pagi dan petang). Sesi latihan pagi diadakan di sekolah dan sesi latihan petang diadakan di Kompleks Sukan Stadium Sarikei. Peralatan dan fasiliti kemudahan latihan dianggap lengkap, namun kondisinya amat daif dan sederhana. Namun, segala kekurangan yang ada tidak menjadi alas an bagi sekolah ini untuk tidak melahirkan atlet sukan olahraga yang cemerlang. Berikut ialah antara atlet-atlet Sukan Olahraga di SMK Tung Hua yang Berjaya mencapai prestasi cemerlang bagitempoh 2015 dan 2016:-

Nama             :           Wong Xiao Jing

Jantina           :           Wanita

Umur              :           16 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Acara              :           Melempar Cakera, Baling Tukul Besi

Pencapaian Terbaik

Melempar Cakera - MSSS Sarawak 2016 (36.22m) – Emas
Baling Tukul Besi – MSSS Sarawak 2016 (30.93m) - Gangsa
Melempar Cakera - MSSM Terengganu 2016 (35.19m) – Perak
Melempar Cakera - AEC - 11th SEA Youth Athletics Championships 2016 (36.97m) – Ke-4
Melempar Cakera  - MSSS Sarawak 2015 (34.41m) – Emas
Baling Tukul Besi – 12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (22.54m) - Perak
Melempar Cakera   - 12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (34.43m) – Perak
Melempar Cakera – MSSM Melaka 2015 (35.80m) – Perak
Melempar Cakera – 23rd International Little Athletics Championship (33.72m) – ke - 4

 

Nama              :           Fabian Sia Sung Siong

Jantina           :           Lelaki

Umur              :           16 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Acara             :           Baling Tukul Besi

Pencapaian Terbaik

Baling Tukul Besi - MSSS Sarawak 2016 (55.59m) – Perak
Baling Tukul Besi - MSSM Terengganu 2016 (55.35m) – Perak
Baling Tukul Besi - AEC - 11th SEA Youth Athletics Championships 2016 (54.16m) – ke– 4
Baling Tukul Besi - 12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (41.33m) – Gangsa
Baling Tukul Besi – Sarawak AAA Open 2015 (40.12m) – Perak
Baling Tukul Besi – Sibu AAA Open 2015 (40.20m) – Gangsa

 

Nama             :           Wong Nie Nie

Jantina           :           Wanita

Umur              :           18 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Acara              :           Merejam Lembing

Pencapaian Terbaik

MSSS Sarawak 2015 (36.21m) – Emas
10th Sea Youth Athletics 2015 (38.89m) – Perak
12th Sarawak AAA Junior Meet (36.40m) – Emas
MSSM Melaka 2015 (36.16m) – Gangsa
Sarawak AAA Open (40.05m) – Emas

 

Lawatan di SMK Tinggi Sarikei (14 Jun 2016)

Sekolah berikutnya iaitu di SMK Tinggi Sarikei. Sekolah ini telah melahirkan bebarapa atlet Olahraga yang cemerlang sehingga dipilih untuk menyertai program Pelapis Kebangsaan. Antaranya ialah Xiu Mei Wong atau lebih dikenali sebagai Grace Wong dan Jackie Wong. Saya telah mengadakan perjumpaan bersama pengetua, En.Ting Sing Teck, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. William Wong, guru penyelaras sukan Olahraga, En. Ting Tiew Keng danEn. Wong Huang Sing. Saya telah menerangkan serba sedikit berkenaan dengan Program Pelapis USPTN dan saya juga memaklumkan objektif dan matlamat sayamelawat pusat latihan di sekolah mereka.

Setelah selesai sesi perbincangan, saya dibawa oleh pihak sekolah untuk melawat stor peralatan – peralatan latihan dan venue latihan di sekolah tersebut. Berikut ialah keterangan ringkas mengenai fasiliti kemudahan latihan dan peralatan latihan yang sedia ada di SMK Tinggi Sarikei:-

 

Fasiliti Kemudahan Latihan

Padang 50m untuk latihan Acara Lontaran Atlet-atlet Pembangunan
Karpet Trek 15m untuk latihan Lompatan

 

Peralatan Latihan

Peluru (5kg) – 3Biji
Peluru (4kg) – 3Biji
Peluru (3kg) – 3Biji
Cakera (1.5kg) – 2Biji
Cakera (1kg) – 2Biji
Buah Tukul (5kg) – 3Biji
Buah Tukul (4kg) – 3Biji
Dawai dan Pemegang – 6Biji
Lembing (700g) – 4Batang
Lembing (600g) – 4Batang

Pihak sekolah memaklumkan, untuk atlet senior, sesi latihan diadakan di Stadium Kompleks Sukan Sarikei yang dikendalikan oleh Jurulatih Sepenuh Masa Majlis Sukan Negeri Sarawak, En. Thomas Ling Neng Thung dibantu oleh En.Liong Shuen Keong danEn. Wong Huang Sing.

 

Lawatan Sesi Latihan Atlet Lontaran Bahagian Sarikei di Stadium Kompleks Sukan Sarikei (14 Jun 2016)

Sesi latihan di kompleks sukan ini melibatkan seramai 13 atlet senior berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun. Para atlet yang berlatih ini adalah daripada 5 buah sekolah iaitu SMK Tinggi Sarikei, SM Ming Lik, SMK Bandar Sarikei, SMK Kai Chung dan SMK Tung Hua. Kesemua atlet – atlet ini dilatih oleh Jurulatih Sepenuh  Masa Majlis Sukan Negeri Sarawak, En. Thomas Ling Neng Thung dibantu oleh En. Liong Shuen Keong. Sesi latihan diadakan sebanyak 5 sesi seminggu kecuali Sabtu dan Ahad.

Saya juga berpeluang untuk memeriksa fasiliti kemudahan dan peralatan latihan yang sedia ada di Kompleks Sukan Sarikei ini. Untuk Acara Lontaran, boleh disimpulkan bahawa semua peralatan adalah mencukupi dan dalam kondisi yang baik. Beriku ialah keterangan fasiliti kemudahan dan peralatan latihan yang ada:-

 

Fasiliti Kemudahan

Padang
Trek (Karpet Trek telah rosak dan dalam prose pembaikan)
Gimnasium
Tandas
Bilik Persalinan Atlet
Pejabat Pentadbiran
Stor Peralatan Sukan
Bilik Mesyuarat

 

Peralatan Latihan

Peluru (5kg) – 7Biji
Peluru (4kg) – 7Biji
Peluru (3kg) – 6Biji
Cakera (1.5kg) – 7Biji
Cakera (1kg) – 7Biji
Buah Tukul (5kg) – 11Biji
Buah Tukul (4kg) – 8Biji
Dawai dan Pemegang – 20Biji
Lembing (700g) – 4Batang
Lembing (600g) – 5Batang

 

Berikut ialah pencapaian terbaik yang telah diperoleh oleh para – para atlet di bahagian Sarikei yang berlatih di Kompleks Sukan Sarikei setakat ini untuk acara Lontaran :-

 

Nama             :           Jackson Wong Cheun Young

Jantina           :           Lelaki

Umur              :           20 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Acara              :           Baling Tukul Besi & Lempar Cakera

PencapaianTerbaik

Baling TukulBesi – 92nd Malaysia Open Athletic Championship 2015 (47.92m) – Gangsa
Baling TukulBesi - 12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (47.07m) – Emas
LemparCakera - 12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (40.54m) – Perak
Baling TukulBesi – Sibu AAA Open 2015 (45.93m) – Emas

 

Nama             :           Queenie Ting Kung Ni

Jantina           :           Wanita

Umur              :           19 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Sekolah         :           SMK Tinggi Sarikei

Acara              :           Lempar Cakera

PencapaianTerbaik

92nd Malaysia Open Athletic Championship 2015 (40.74m) – Keempat
MSSS Sarawak 2015 (40.16m) – Emas
12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (37.06m) – Emas
MSSM Melaka 2015 (38.74m) – Emas
28th Sea Games (40.61m) – Kelima
Sibu AAA Open 2015 (35.56m) – Perak
SUKMA Perlis XVII 2014 (44.02m) – Emas (Rekod Baru Kejohanan)

 

Nama             :           Ngu Ing Biao

Jantina           :           Lelaki

Umur              :           16 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Sekolah         :           SMK Tinggi Sarikei

Acara              :           Melempar Cakera

Pencapaian Terbaik

MSSS Sarawak 2014 (44.87m) – Emas
Sibu Open 2014 (45.27m) – Emas
MSSS Pembangunan 2014 (45.67m) – Emas
MSSS Sarawak 2015 (54.15m) – Emas
MSSM Melaka 2015 (50.53m) – Emas
23rd International Little Athletics Championship 2015 (60.13m) – Emas (Rekod Kejohanan)
MSSS Sarawak 2016 (49.55m) – Emas (Rekod Baru Kejohanan)
MSSM Terengganu 2016 (52.84m) – Emas (Rekod Baru Kejohanan)
AEC - 11th SEA Youth Athletics Championships 2016 (53.20m) – Perak

 

Lawatan ke SMK Sacred Heart, Sibu (15 Jun 2016)

Lawatan berikutnya ialah ke SMK Sacred Heart, Sibu. Kedatangan saya disambut oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Lau Tiew Kiong dan guru penyelaras Sukan Olahraga, En. Ting Kun Jin. Saya meluangkan masa selama 20 minit bersama mereka dalam membincangkan berkenaan dengan program latihan olahraga di sekolah tersebut selain menerangkan serba sedikit berkenaan dengan program USPTN untuk Sukan Olahraga.

Saya juga dibawa untuk melawat fasiliti kemudahan latihan dan peralatan latihan sedia ada di stor sukan. Berikut ialah antara fasiliti kemudahan latihan dan peralatan yang sedia ada di SMK Sacred Heart:-

Fasiliti Kemudahan

Padang
Tapak Untuk Latihan Baling Tukul Besi, Lontar Peluru, Merejam Lembing dan Melempar Cakera
Karpet Trek Untuk Latihan Lompat Jauh.

 

Peralatan Latihan

Peluru (5kg) – 3Biji
Peluru (4kg) – 6Biji
Peluru (3kg) – 2Biji
Cakera (1.5kg) – 4Biji
Cakera (1kg) – 4Biji
Buah Tukul (5kg) – 5Biji
Buah Tukul (4kg) – 5Biji
Dawai dan Pemegang – 10Biji
Lembing (700g) – 3Batang
Lembing (600g) – 3Batang

 

Guru penyelaras Olahraga, En. Ting Kun Jin memaklumkan bahawa sesi latihan bagi para atlet dilakukan sebanyak lima sesi seminggu (sebelah petang) dan sesi latihan juga kadangkala diadakan di kompleks sukan Sibu. Untuk atlet tumpuan, mereka juga dibawa untuk melakukan latihan bersama Jurulatih Sepenuh Masa Majlis Sukan Negeri Sarawak, En. Thomas Ling Neng Thung di Kompleks Sukan Sarikei sekurang –kurang nya seminggu sekali (Hari Jumaat). Atlet yang sedang menyinar daripada sekolah ini ialah Johnny Ling Siew Hong. Berikut ialah biodata ringkas dan pencapaian terbaik beliau setakat ini:-

 

Nama             :           Johnny Ling Siew Hong

Jantina           :           Lelaki

Umur              :           16 Tahun

Asal                :           Sibu, Sarawak

Acara              :           Baling Tukul Besi dan Melempar Cakera

Pencapaian Terbaik

Melempar Cakera - MSSS Sarawak 2014 (52.81m) – Emas (Rekod Kejohanan)
Melempar Cakera – MSSM Kedah 2014 (47.41m) – Emas
Melempar Cakera – 22nd MSSM-WALA-SSSC International Little Championship 2014 Singapore (53.6m) – Perak
Baling Tukul Besi - MSSS Sarawak 2016 (60.81m) – Emas (Mengatasi Rekod MSSM 2014 – 57.63m)
Baling Tukul Besi – MSS Sibu 2016 (53.83m) – Emas (Rekod Kejohanan)
Baling Tukul Besi - AEC - 11th SEA Youth Athletics Championships 2016 (58.20m) – Emas
Baling Tukul Besi - MSSM Terengganu 2016 (59.68m) – Emas (Rekod Baru Kejohanan)

 

Rumusan / Ulasan

Pemilihan Atlet

Selepas menemubual dan berbincang dengan para jurulatih di Bahagian Sibu dan Sarikei ini, didapati bahawa mereka telah melatih atlet sejak mereka berumur 12 tahun. Kriteria pemilihan atlet diambil berdasarkan latar belakang keluarga mereka (ibu dan bapa) dari sudut asal keturunan dan saiz fizikal. Kebanyakan ibu – bapa para atlet di bawah program sememangnya mempunyai saiz fizikal yang besar dan tinggi dan kebanyakan mereka bekerja sebagai pekebun, mengambil hasil hutan dan petani dan kebanyakan mereka tinggal di dalam kebun dan jauh daripada Bandar.

 

Program Latihan

Program latihan yang dijalankan adalah sepanjang tahun termasuk waktu cuti. Ketika waktu cuti, jurulatih akan cuba merangka program latihan sebanyak dua sesi sehari. Program latihan sebanyak 2 sesi ini juga akan dilakukan 2 bulan sebelum menyertai kejohanan.

 

Penyertaan Kejohanan

Para atlet juga kerap didedahkan dengan kejohanan – kejohanan peringkat negeri dan kebangsaaan (MSS Bahagian, MSS Negeri dan MSSM) selain berpeluang untuk menyertai kejohanan peringkat asia tenggara anjuran KPM dan KOM. Secara puratanya, para atlet di bahagian Sarikei dan Sibu ini menyertai 6 – 8 kejohanan setiap tahun.

 

Komitmen, Kerjasama dan Sifat Profesionalisme Guru dan Jurulatih

Sememangnya komitmen dan kerjasama antara guru dan jurulatih antara faktor penyumbang keberjayaan para atlet di Bahagian Sarikei dan Sibu ini. Mereka melatih para atlet tidak mengira latar belakang sekolah mahupun asal mereka. Jika atlet tersebut mempunyai potensi untuk maju, mereka akan membantu atlet tersebut dengan memberikan program latihan yang sesuai dan terbaik kepada mereka tanpa prejudis dan pilih kasih.

 

Sokongan Pihak Sekolah

Pihak sekolah khususnya Pengetua dan Pen. Kanan Ko-Kurikulum di sekolah- sekolah ini amat menyokong program latihan para atlet. Mereka banyak memberikan kelonggaran kepada para atlet untuk menjalani sesi latihan meskipun dalam sesi persekolahan. Jika para atlet mencapai sesuatu kejayaan ketika menyertai kejohanan, pihak sekolah bersama PIBG akan memberikan penghargaan kepada para atlet sebagai galakan kepada mereka supaya terus cemerlang di dalam sukan. Pihak sekolah amat menjaga kebajikan para atlet meskipun berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan kekurangan.

 

 

Cadangan

Dengan ini saya ingin mencadangkan supaya Bahagian Sarikei dan Sibu ini dijadikan sebagai Pusat Latihan Negeri (PLN) USPTN Sarawak untuk Acara Padang. Saya akan menyediakan satu kertas cadangan / proposal kepada pengurus sukan untuk membuat permohonan ini. Pada pendapat saya, program latihan di Bahagian Sarikei dan Sibu ini amat memerlukan bantuan daripada Majlis Sukan Negara dalam menjalankan program pembangunan Sukan Olahraga untuk Acara Padang dalam tempoh jangka masa panjang kerana setelah dinilai dari pelbagai sudut, Bahagian Sarikei dan Sibu ini layak untuk dilantik sebagai Pusat Latihan Negeri Sukan Olahraga di bawah program USPTN Sarawak.

Sekian, terima kasih.

 Laporan disediakan oleh:-

--
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
Majlis Sukan Negara Malaysia
(Angkat Berat, Olahraga, Taekwondo & Tenis)
http://usptnswk.blogspot.com/
https://www.facebook.com/usptn.sarawak
013-5633016 / 082-243862