Tuesday, June 21, 2016

LAPORAN PENUH LAWATAN PUSAT LATIHAN NEGERI SUKAN OLAHRAHA DI BAHAGIAN SIBU DAN SARIKEI (13 - 15 JUN 2016)

Lawatan Pusat Latihan Sukan Olahraga di Bahagian Sibu dan Sarikei bermula pada 13 hingga 15 Jun 2016. Terdapat Tiga buah sekolah telah dikenalpasti dan lawatan telah diadakan iaitu di SMK Tung Hua, Bintangor, Sarikei, SMK Tinggi Sarikei dan SMK Sacred Heart, Sibu.

Lawatan di SMK Tung Hua, Bintangor, Sarikei (13 Jun 2016)

Dari Bandar Sibu menuju ke Bandar Sarikei mengambil masa selama lebih kurang 1 jam dimana jarak perjalanan ialah lebih kurang 55km – 60km. Sesi perjumpaan telah diadakan bersama pengetua sekolah, En. Tan Kim Hock, Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Ling Harn Song dan guru/jurulatih Olahraga iaitu En. Liong Shuen Keong. Saya meluangkan masa selama 45 minit bersama mereka dimana saya telah menerangkan serba sedikit berkenaan dengan Program Pelapis USPTN dan saya juga memaklumkan objektif dan matlamat saya melawat pusat latihan di sekolah mereka.

Setelah selesai sesi perbincangan, saya dibawa oleh pihak sekolah untuk melawat stor peralatan – peralatan latihan dan venue latihan di sekolah tersebut. Berikut ialah keterangan ringkas mengenai fasiliti kemudahan latihan dan peralatan latihan yang sedia ada di SMK Tung Hua, Sarikei:-

 

Fasiliti Kemudahan Latihan

Dewan Terbuka
Karpet Trek untuk Latihan Merejam Lembing
Padang (jarak 90m) dilengkapi denganTapak Latihan LemparCakera, Lontar Peluru dan Baling Tukul Besi.

Peralatan Latihan

Peluru (5kg) – 5 Biji
Peluru (4kg) – 5 Biji
Peluru (3kg) – 5 Biji
Cakera (1.5kg) – 6 Biji
Cakera (1kg) – 6 Biji
BuahTukul (5kg) – 5 Biji
BuahTukul (4kg) – 5 Biji
Dawai dan Pemegang – 15 Biji
Lembing (700g) – 6 Batang
Lembing (600g) – 6 Batang

Sesi latihan diadakan sebanyak 10 sesi seminggu (2 sesi pagi dan petang). Sesi latihan pagi diadakan di sekolah dan sesi latihan petang diadakan di Kompleks Sukan Stadium Sarikei. Peralatan dan fasiliti kemudahan latihan dianggap lengkap, namun kondisinya amat daif dan sederhana. Namun, segala kekurangan yang ada tidak menjadi alas an bagi sekolah ini untuk tidak melahirkan atlet sukan olahraga yang cemerlang. Berikut ialah antara atlet-atlet Sukan Olahraga di SMK Tung Hua yang Berjaya mencapai prestasi cemerlang bagitempoh 2015 dan 2016:-

Nama             :           Wong Xiao Jing

Jantina           :           Wanita

Umur              :           16 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Acara              :           Melempar Cakera, Baling Tukul Besi

Pencapaian Terbaik

Melempar Cakera - MSSS Sarawak 2016 (36.22m) – Emas
Baling Tukul Besi – MSSS Sarawak 2016 (30.93m) - Gangsa
Melempar Cakera - MSSM Terengganu 2016 (35.19m) – Perak
Melempar Cakera - AEC - 11th SEA Youth Athletics Championships 2016 (36.97m) – Ke-4
Melempar Cakera  - MSSS Sarawak 2015 (34.41m) – Emas
Baling Tukul Besi – 12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (22.54m) - Perak
Melempar Cakera   - 12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (34.43m) – Perak
Melempar Cakera – MSSM Melaka 2015 (35.80m) – Perak
Melempar Cakera – 23rd International Little Athletics Championship (33.72m) – ke - 4

 

Nama              :           Fabian Sia Sung Siong

Jantina           :           Lelaki

Umur              :           16 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Acara             :           Baling Tukul Besi

Pencapaian Terbaik

Baling Tukul Besi - MSSS Sarawak 2016 (55.59m) – Perak
Baling Tukul Besi - MSSM Terengganu 2016 (55.35m) – Perak
Baling Tukul Besi - AEC - 11th SEA Youth Athletics Championships 2016 (54.16m) – ke– 4
Baling Tukul Besi - 12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (41.33m) – Gangsa
Baling Tukul Besi – Sarawak AAA Open 2015 (40.12m) – Perak
Baling Tukul Besi – Sibu AAA Open 2015 (40.20m) – Gangsa

 

Nama             :           Wong Nie Nie

Jantina           :           Wanita

Umur              :           18 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Acara              :           Merejam Lembing

Pencapaian Terbaik

MSSS Sarawak 2015 (36.21m) – Emas
10th Sea Youth Athletics 2015 (38.89m) – Perak
12th Sarawak AAA Junior Meet (36.40m) – Emas
MSSM Melaka 2015 (36.16m) – Gangsa
Sarawak AAA Open (40.05m) – Emas

 

Lawatan di SMK Tinggi Sarikei (14 Jun 2016)

Sekolah berikutnya iaitu di SMK Tinggi Sarikei. Sekolah ini telah melahirkan bebarapa atlet Olahraga yang cemerlang sehingga dipilih untuk menyertai program Pelapis Kebangsaan. Antaranya ialah Xiu Mei Wong atau lebih dikenali sebagai Grace Wong dan Jackie Wong. Saya telah mengadakan perjumpaan bersama pengetua, En.Ting Sing Teck, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. William Wong, guru penyelaras sukan Olahraga, En. Ting Tiew Keng danEn. Wong Huang Sing. Saya telah menerangkan serba sedikit berkenaan dengan Program Pelapis USPTN dan saya juga memaklumkan objektif dan matlamat sayamelawat pusat latihan di sekolah mereka.

Setelah selesai sesi perbincangan, saya dibawa oleh pihak sekolah untuk melawat stor peralatan – peralatan latihan dan venue latihan di sekolah tersebut. Berikut ialah keterangan ringkas mengenai fasiliti kemudahan latihan dan peralatan latihan yang sedia ada di SMK Tinggi Sarikei:-

 

Fasiliti Kemudahan Latihan

Padang 50m untuk latihan Acara Lontaran Atlet-atlet Pembangunan
Karpet Trek 15m untuk latihan Lompatan

 

Peralatan Latihan

Peluru (5kg) – 3Biji
Peluru (4kg) – 3Biji
Peluru (3kg) – 3Biji
Cakera (1.5kg) – 2Biji
Cakera (1kg) – 2Biji
Buah Tukul (5kg) – 3Biji
Buah Tukul (4kg) – 3Biji
Dawai dan Pemegang – 6Biji
Lembing (700g) – 4Batang
Lembing (600g) – 4Batang

Pihak sekolah memaklumkan, untuk atlet senior, sesi latihan diadakan di Stadium Kompleks Sukan Sarikei yang dikendalikan oleh Jurulatih Sepenuh Masa Majlis Sukan Negeri Sarawak, En. Thomas Ling Neng Thung dibantu oleh En.Liong Shuen Keong danEn. Wong Huang Sing.

 

Lawatan Sesi Latihan Atlet Lontaran Bahagian Sarikei di Stadium Kompleks Sukan Sarikei (14 Jun 2016)

Sesi latihan di kompleks sukan ini melibatkan seramai 13 atlet senior berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun. Para atlet yang berlatih ini adalah daripada 5 buah sekolah iaitu SMK Tinggi Sarikei, SM Ming Lik, SMK Bandar Sarikei, SMK Kai Chung dan SMK Tung Hua. Kesemua atlet – atlet ini dilatih oleh Jurulatih Sepenuh  Masa Majlis Sukan Negeri Sarawak, En. Thomas Ling Neng Thung dibantu oleh En. Liong Shuen Keong. Sesi latihan diadakan sebanyak 5 sesi seminggu kecuali Sabtu dan Ahad.

Saya juga berpeluang untuk memeriksa fasiliti kemudahan dan peralatan latihan yang sedia ada di Kompleks Sukan Sarikei ini. Untuk Acara Lontaran, boleh disimpulkan bahawa semua peralatan adalah mencukupi dan dalam kondisi yang baik. Beriku ialah keterangan fasiliti kemudahan dan peralatan latihan yang ada:-

 

Fasiliti Kemudahan

Padang
Trek (Karpet Trek telah rosak dan dalam prose pembaikan)
Gimnasium
Tandas
Bilik Persalinan Atlet
Pejabat Pentadbiran
Stor Peralatan Sukan
Bilik Mesyuarat

 

Peralatan Latihan

Peluru (5kg) – 7Biji
Peluru (4kg) – 7Biji
Peluru (3kg) – 6Biji
Cakera (1.5kg) – 7Biji
Cakera (1kg) – 7Biji
Buah Tukul (5kg) – 11Biji
Buah Tukul (4kg) – 8Biji
Dawai dan Pemegang – 20Biji
Lembing (700g) – 4Batang
Lembing (600g) – 5Batang

 

Berikut ialah pencapaian terbaik yang telah diperoleh oleh para – para atlet di bahagian Sarikei yang berlatih di Kompleks Sukan Sarikei setakat ini untuk acara Lontaran :-

 

Nama             :           Jackson Wong Cheun Young

Jantina           :           Lelaki

Umur              :           20 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Acara              :           Baling Tukul Besi & Lempar Cakera

PencapaianTerbaik

Baling TukulBesi – 92nd Malaysia Open Athletic Championship 2015 (47.92m) – Gangsa
Baling TukulBesi - 12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (47.07m) – Emas
LemparCakera - 12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (40.54m) – Perak
Baling TukulBesi – Sibu AAA Open 2015 (45.93m) – Emas

 

Nama             :           Queenie Ting Kung Ni

Jantina           :           Wanita

Umur              :           19 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Sekolah         :           SMK Tinggi Sarikei

Acara              :           Lempar Cakera

PencapaianTerbaik

92nd Malaysia Open Athletic Championship 2015 (40.74m) – Keempat
MSSS Sarawak 2015 (40.16m) – Emas
12th Sarawak AAA Junior Meet 2015 (37.06m) – Emas
MSSM Melaka 2015 (38.74m) – Emas
28th Sea Games (40.61m) – Kelima
Sibu AAA Open 2015 (35.56m) – Perak
SUKMA Perlis XVII 2014 (44.02m) – Emas (Rekod Baru Kejohanan)

 

Nama             :           Ngu Ing Biao

Jantina           :           Lelaki

Umur              :           16 Tahun

Asal                :           Sarikei, Sarawak

Sekolah         :           SMK Tinggi Sarikei

Acara              :           Melempar Cakera

Pencapaian Terbaik

MSSS Sarawak 2014 (44.87m) – Emas
Sibu Open 2014 (45.27m) – Emas
MSSS Pembangunan 2014 (45.67m) – Emas
MSSS Sarawak 2015 (54.15m) – Emas
MSSM Melaka 2015 (50.53m) – Emas
23rd International Little Athletics Championship 2015 (60.13m) – Emas (Rekod Kejohanan)
MSSS Sarawak 2016 (49.55m) – Emas (Rekod Baru Kejohanan)
MSSM Terengganu 2016 (52.84m) – Emas (Rekod Baru Kejohanan)
AEC - 11th SEA Youth Athletics Championships 2016 (53.20m) – Perak

 

Lawatan ke SMK Sacred Heart, Sibu (15 Jun 2016)

Lawatan berikutnya ialah ke SMK Sacred Heart, Sibu. Kedatangan saya disambut oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Lau Tiew Kiong dan guru penyelaras Sukan Olahraga, En. Ting Kun Jin. Saya meluangkan masa selama 20 minit bersama mereka dalam membincangkan berkenaan dengan program latihan olahraga di sekolah tersebut selain menerangkan serba sedikit berkenaan dengan program USPTN untuk Sukan Olahraga.

Saya juga dibawa untuk melawat fasiliti kemudahan latihan dan peralatan latihan sedia ada di stor sukan. Berikut ialah antara fasiliti kemudahan latihan dan peralatan yang sedia ada di SMK Sacred Heart:-

Fasiliti Kemudahan

Padang
Tapak Untuk Latihan Baling Tukul Besi, Lontar Peluru, Merejam Lembing dan Melempar Cakera
Karpet Trek Untuk Latihan Lompat Jauh.

 

Peralatan Latihan

Peluru (5kg) – 3Biji
Peluru (4kg) – 6Biji
Peluru (3kg) – 2Biji
Cakera (1.5kg) – 4Biji
Cakera (1kg) – 4Biji
Buah Tukul (5kg) – 5Biji
Buah Tukul (4kg) – 5Biji
Dawai dan Pemegang – 10Biji
Lembing (700g) – 3Batang
Lembing (600g) – 3Batang

 

Guru penyelaras Olahraga, En. Ting Kun Jin memaklumkan bahawa sesi latihan bagi para atlet dilakukan sebanyak lima sesi seminggu (sebelah petang) dan sesi latihan juga kadangkala diadakan di kompleks sukan Sibu. Untuk atlet tumpuan, mereka juga dibawa untuk melakukan latihan bersama Jurulatih Sepenuh Masa Majlis Sukan Negeri Sarawak, En. Thomas Ling Neng Thung di Kompleks Sukan Sarikei sekurang –kurang nya seminggu sekali (Hari Jumaat). Atlet yang sedang menyinar daripada sekolah ini ialah Johnny Ling Siew Hong. Berikut ialah biodata ringkas dan pencapaian terbaik beliau setakat ini:-

 

Nama             :           Johnny Ling Siew Hong

Jantina           :           Lelaki

Umur              :           16 Tahun

Asal                :           Sibu, Sarawak

Acara              :           Baling Tukul Besi dan Melempar Cakera

Pencapaian Terbaik

Melempar Cakera - MSSS Sarawak 2014 (52.81m) – Emas (Rekod Kejohanan)
Melempar Cakera – MSSM Kedah 2014 (47.41m) – Emas
Melempar Cakera – 22nd MSSM-WALA-SSSC International Little Championship 2014 Singapore (53.6m) – Perak
Baling Tukul Besi - MSSS Sarawak 2016 (60.81m) – Emas (Mengatasi Rekod MSSM 2014 – 57.63m)
Baling Tukul Besi – MSS Sibu 2016 (53.83m) – Emas (Rekod Kejohanan)
Baling Tukul Besi - AEC - 11th SEA Youth Athletics Championships 2016 (58.20m) – Emas
Baling Tukul Besi - MSSM Terengganu 2016 (59.68m) – Emas (Rekod Baru Kejohanan)

 

Rumusan / Ulasan

Pemilihan Atlet

Selepas menemubual dan berbincang dengan para jurulatih di Bahagian Sibu dan Sarikei ini, didapati bahawa mereka telah melatih atlet sejak mereka berumur 12 tahun. Kriteria pemilihan atlet diambil berdasarkan latar belakang keluarga mereka (ibu dan bapa) dari sudut asal keturunan dan saiz fizikal. Kebanyakan ibu – bapa para atlet di bawah program sememangnya mempunyai saiz fizikal yang besar dan tinggi dan kebanyakan mereka bekerja sebagai pekebun, mengambil hasil hutan dan petani dan kebanyakan mereka tinggal di dalam kebun dan jauh daripada Bandar.

 

Program Latihan

Program latihan yang dijalankan adalah sepanjang tahun termasuk waktu cuti. Ketika waktu cuti, jurulatih akan cuba merangka program latihan sebanyak dua sesi sehari. Program latihan sebanyak 2 sesi ini juga akan dilakukan 2 bulan sebelum menyertai kejohanan.

 

Penyertaan Kejohanan

Para atlet juga kerap didedahkan dengan kejohanan – kejohanan peringkat negeri dan kebangsaaan (MSS Bahagian, MSS Negeri dan MSSM) selain berpeluang untuk menyertai kejohanan peringkat asia tenggara anjuran KPM dan KOM. Secara puratanya, para atlet di bahagian Sarikei dan Sibu ini menyertai 6 – 8 kejohanan setiap tahun.

 

Komitmen, Kerjasama dan Sifat Profesionalisme Guru dan Jurulatih

Sememangnya komitmen dan kerjasama antara guru dan jurulatih antara faktor penyumbang keberjayaan para atlet di Bahagian Sarikei dan Sibu ini. Mereka melatih para atlet tidak mengira latar belakang sekolah mahupun asal mereka. Jika atlet tersebut mempunyai potensi untuk maju, mereka akan membantu atlet tersebut dengan memberikan program latihan yang sesuai dan terbaik kepada mereka tanpa prejudis dan pilih kasih.

 

Sokongan Pihak Sekolah

Pihak sekolah khususnya Pengetua dan Pen. Kanan Ko-Kurikulum di sekolah- sekolah ini amat menyokong program latihan para atlet. Mereka banyak memberikan kelonggaran kepada para atlet untuk menjalani sesi latihan meskipun dalam sesi persekolahan. Jika para atlet mencapai sesuatu kejayaan ketika menyertai kejohanan, pihak sekolah bersama PIBG akan memberikan penghargaan kepada para atlet sebagai galakan kepada mereka supaya terus cemerlang di dalam sukan. Pihak sekolah amat menjaga kebajikan para atlet meskipun berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan kekurangan.

 

 

Cadangan

Dengan ini saya ingin mencadangkan supaya Bahagian Sarikei dan Sibu ini dijadikan sebagai Pusat Latihan Negeri (PLN) USPTN Sarawak untuk Acara Padang. Saya akan menyediakan satu kertas cadangan / proposal kepada pengurus sukan untuk membuat permohonan ini. Pada pendapat saya, program latihan di Bahagian Sarikei dan Sibu ini amat memerlukan bantuan daripada Majlis Sukan Negara dalam menjalankan program pembangunan Sukan Olahraga untuk Acara Padang dalam tempoh jangka masa panjang kerana setelah dinilai dari pelbagai sudut, Bahagian Sarikei dan Sibu ini layak untuk dilantik sebagai Pusat Latihan Negeri Sukan Olahraga di bawah program USPTN Sarawak.

Sekian, terima kasih.

 Laporan disediakan oleh:-

--
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
Majlis Sukan Negara Malaysia
(Angkat Berat, Olahraga, Taekwondo & Tenis)
http://usptnswk.blogspot.com/
https://www.facebook.com/usptn.sarawak
013-5633016 / 082-243862

No comments:

Post a Comment