Thursday, April 18, 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA (JKK) USPTN BERSAMA PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN NEGERI SARAWAK BIL 1/2013

Tarikh :   17 April 2013 (Rabu)
Masa :     09:30am - 10:45am (Sukan Tinju)
                 10:45am - 12:00pm (Sukan Taekwondo)
Tempat :  Bilik Mesyuarat Pusat Satelit, Institut Sukan Negara (ISN)

Kehadiran :-

Sukan Tinju
  1. En. Mohd Saffuan Bin Abd. Razak (PKU USPTN)
  2. En. Awg Fadilah Jaya (SDO Sukan Tinju)
  3. En. Jimmy Ucha (Koordinator Negeri Sukan Tinju)
  4. En. Mohamad Hussein Ali (Setiausaha Persatuan Tinju Amatur Negeri Sarawak)
  5. En. Mohamad Nazrin Ikmal (Pegawai Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak)

Sukan Taekwondo
  1. En. Mohd Saffuan Bin Abd. Razak (PKU USPTN)
  2. En. Mohd Faizal Bin Ibrahim (SDO Sukan Taekwondo)
  3. En. Tan Check Joon (Pengarah Teknikal, Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak)
  4. En. Joseph Chang Siang Ping (JSM Taekwondo)
  5. En. Mohamad Nazrin Ikmal (Pegawai Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak)

Agenda Mesyuarat :-

Sukan Tinju
  1. Pengenalan Ringkas Berkaitan Program Sukan Tinju USPTN Sarawak
  2. Perlantikan Jurulatih (JSM)
  3. Maklumat Atlet
  4. Cadangan Penyertaan Kejohanan
  5. Cadangan Bantuan Mengikut Sukan 2013


Sukan Taekwondo
1.  Laporan Program Tahun 2012
        - Maklumat Pusat Latihan / Atlet / Jurulatih Bagi Tahun 2012
        - Penyertaan Pertandingan Yang Disertai Serta Pencapaian Atlet
2.  Pengesahan Pusat Latihan Negeri/Atlet/Jurulatih Tahun 2013
3.  Perancangan Aktiviti Tahun 2013
        - Penyertaan Pertandingan (Berdasarkan Takwin Kejohanan)
        - Program Binaan



Laporan disediakan oleh :

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak


Wednesday, April 3, 2013

PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO USPTN SARAWAK (02/04/2013)

Tarikh: 2 April 2013
Tempat: PLN Kuching (Kuching Taekwondo & Self Defence Academy)
Masa: 07:45pm - 08:35pm

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
En. Mohd Faizal Bin Ibrahim (SDO Taekwondo)
En. Joseph Chang Siang Ping (JSM Taekwondo)

Kehadiran Atlet
Altet Lelaki: 4 Orang
Atlet Wanita: 5 Orang

Sesi pemantauan ini merupakan sesi pertama bagi bulan April 2013 dimana kehadiran para atlet amat memuaskan.

Sesi latihan yang dijalankan pada hari tersebut adalah sesi latihan rutin yang dijalankan oleh para atlet seperti Chopping Kick, turning kick dan free sparring.

Sesi Latihan Turning dan Chopping Kick

Sesi Latihan Free Sparring

JSM Taekwondo, En. Joseph Chang Siang Ping memaklumkan bahawa tahap prestasi para atlet adalah di dalam keadaan yang sangat baik kerana kebanyakan mereka hadir secara penuh untuk sesi latihan pada bulan Mac yang lalu.

JSM Taekwondo, En. Joseph Chang memberi penerangan kepada para atlet ketika sesi latihan

En. Joseph Chang juga memberitahu bahawa beliau bercadang untuk menambah lagi bilangan atlet Taekwondo untuk dimasukkan ke dalam program USPTN setelah beliau membuat sesi penilaian terhadap pelajar-pelajar lain yang dilihat berpotensi untuk maju di dalam sukan Taekwondo ini.


Laporan disediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak