Thursday, November 13, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN AKUATIK TERJUN - SARAWAK

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 11 November 2014
Masa       : 5.30 petang - 7.30 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik KBS, Kuching

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM (USPTN)
Pn. Harnani Bt Muhammad - JPM (MSN)
Pn. Xiao Xia - JLN (MSN)
14 orang Atlet

Latihan :
a) Core Strengthening (Focus on abs)
b) Rutin Asas (Dry Gym)
    - Ajuk 
    - Ayun Tangan
    - Jalan Papan & Lompat

c) 3m Springboard & 5m Platform (Kolam Akuatik)

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 (14 hingga 15 Oktober 2014)

Peralatan & Kemudahan :
1. Makluman daripada pihak pengurusan pusat akuatik, Floor Matting untuk 5m Platform akan dipasang dalam minggu ini.
2. Skru longgar yang menggabungkan papan anjal dengan lantai telah diketatkan oleh pihak pengurusan.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Tiada

Ulasan :
1. Sesi latihan dihadiri oleh para atlet yang lama sementara sesi latihan untuk atlet baru (daripada Program TID) diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat.

2. Atlet Kebangsaan, Pandalela Rinong singgah ke sesi latihan ini untuk berkongsi sedikit teknik latihan kepada para atlet.

3. Perbincangan bersama pihak pengurusan pusat akuatik telah diadakan untuk membincangkan berkenaan ketetapan waktu latihan di mana pihak pengurusan telah menetapkan waktu penggunaan kolam dan dry gym adalah dari jam 2.00 petang hingga 7.00 malam. Pihak pengurusan telah dimaklumkan bahawa latihan diadakan pada jam 2.30 petang hingga 7.30 malam. Perbincangan lanjut bersama pihak pengurusan akan diadakan kelak.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment