Thursday, November 13, 2014

Fwd: LAPORAN KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN SIRI 02/2014 - HARI TERAKHIR


---------- Forwarded message ----------
From: NUR FATHEEN KHAIRUZAN <fatheenkhairuzan.usptn@gmail.com>
Date: 2014-11-07 23:35 GMT+08:00
Subject: LAPORAN KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN SIRI 02/2014 - HARI TERAKHIR
To: Nency Eve <nency.cp@gmail.com>
Cc: Jefri Ngadirin <jefri.cp@gmail.com>, Rashid Ramli <rash.cp@gmail.com>, Megat Ahmad Kushairy <megat.cp@gmail.com>, azrul hisyam <azrul.cp@gmail.com>, Mohd Faizal Ibrahim <faizalibrahim.usptn@gmail.com>


Salam.

Tarikh      : 7 November 2014
Masa         : 8.00 pagi - 8.30 malam
Tempat     : Spanish Villa, Negeri Sembilan

Kehadiran :
Cik Nency Eve Gasinau (Pemangku Pengurus Sukan)
5 orang PPN
8 orang Jurulatih
47 orang Atlet

Ulasan :
Kem Bakat Sukan Akuatik Terjun Siri 02/2014 bakal melabuhkan tirai pada hari ini. Walau bagaimanapun, aktiviti untuk hari terakhir ini tetap dilaksanakan. Sarapan pagi untuk semua disediakan pada jam 8.00 pagi. Selepas sarapan pagi, aktiviti riadah untuk para atlet telah dilaksanakan di mana para atlet diberi kebebasan untuk bermain di kolam renang dengan diawasi oleh PPN dan jurulatih. 

Pada jam 9.30 pagi, para PPN, Jurulatih dan Atlet berkumpul di bilik mesyuarat untuk sesi rumusan kem. Antara pengisian sesi tersebut, beberapa orang atlet telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang kem ini dijalankan. Selain itu, 2 orang jurulatih iaitu, Yeoh Ken Nee (Jurulatih Pelapis Kebangsaan) dan Rossarisham Roslan (Jurulatih Selangor) yang mewakili jurulatih-jurulatih yang lain telah memberi kata-kata nasihat dan dorongan kepada atlet untuk terus maju dan jaya di masa hadapan.

Setelah tamat sesi rumusan tersebut, para atlet dibenarkan pulang ke negeri masing-masing. Bagi atlet Sarawak dan Sabah, pergerakan pulang dari Negeri Sembilan adalah pada jam 12.30 tengah hari iaitu selepas makan tengah hari. 

Pada jam 8.15 malam, PPN, Jurulatih dan para atlet Negeri Sarawak telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan kepulangan para atlet telah disambut sendiri oleh ibu bapa mereka.

Secara keseluruhannya, semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik, para atlet juga telah menunjukkan tahap disiplin yang tinggi. Kem Bakat seperti ini adalah perlu untuk memberi pendedahan kepada para atlet berkaitan dengan suasana kejohanan yang sebenar di samping boleh berkongsi teknik latihan kepada yang lain. 

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak


No comments:

Post a Comment