Monday, November 3, 2014

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN SIRI 02/2014 - HARI PERTAMA

Salam.

Tarikh      : 3 November 2014
Masa        : 6.00 pagi - 10.30 malam
Tempat    : Spanish Villa & Pusat Akuatik Paroi, Negeri Sembilan

Ulasan:
Kem Bakat Sukan Akuatik Terjun Siri 02/2014 membuka tirai pada hari ini sehingga 7 November 2014 nanti. 8 orang atlet akuatik terjun daripada Negeri Sarawak menyertai kem ini dan diiringi oleh seorang jurulatih dan seorang PPN. Pergerakan seawal jam 7 pagi dari Kuching ke Negeri Sembilan. Pendaftaran penginapan dilakukan pada jam 12.30 tengah hari di Spanish Villa, Seremban. Seramai 47 orang atlet dan 8 orang jurulatih terlibat keseluruhannya.

Program diteruskan dengan taklimat berkenaan perjalanan aktiviti sepanjang kem ini daripada pengurus sukan, Cik Nency Eve Gasinau. Selepas itu, sesi suai kenal diadakan di kalangan atlet yang dikendalikan oleh PPN, sementara para jurulatih mengadakan mesyuarat bersama pengurus sukan.

Aktiviti sebelah malam bermula pada jam 8.00 malam dengan mengadakan sesi ice breaking. Dalam sesi tersebut, 2 orang pelajar daripada UiTM telah dijemput untuk mengendalikan sesi ini. Terdapat beberapa aktiviti berkumpulan dan fun games telah diadakan.

Keseluruhan untuk hari pertama, para atlet telah menunjukkan kesungguhan dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di samping mempamerkan disiplin yang baik.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment