Monday, August 18, 2014

MINI KEJOHANAN - KUCHING TAEKWONDO & SELF-DEFENSE CLUB (WTF) CHAMPIONSHIPS 2014

Salam dan Selamat Sejahtera.

Tarikh     : 17 Ogos 2014 ( Ahad )
Masa       : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat   : Kuching Taekwondo & Self - Defense Academy

Ulasan    :

Mini kejohanan ini telah diadakan dengan jayanya dan aktiviti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Antara tujuan utama kejohanan dalaman ini diadakan adalah sebagai pendedahan kepada atlit dengan situasi kejohanan sebenar disamping dapat memberi pengalaman baru kepada para atlit. Penyertaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana difahamkan oleh pengerusi bagi mini kejohanan ini, dianggarkan seramai 300 atlit telah menghantar borang penyertaan tetapi kejohanan ini tehad kepada 150 penyertaan sahaja. Penyertaan bagi kejohanan ini telah mendapat sambutan daripada beberapa buah sekolah. Tiada kecederaan berlaku sepanjang kejohanan berlangsung.

Sekian.

----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment