Friday, August 15, 2014

PEMANTAUAN SESI LATIHAN GIMRAMA, QUEENS TOWER, KUCHING


Salam 

Tarikh : 13 Ogos 2014 ( Rabu )
Masa   : 7.00 - 9. 00 mlm
Venue  : Dewan Gimrama, Queens Tower, Kuching

Kehadiran : 12 gimnas
                      1 JSM -Shaleen Tay 


Ulasan : 

Sesi latihan pada malam itu merupakan sesi latihan bagi gimnas Gred 3 dan Gred 2. Latihan dilakukan adalah beberapa teknik spesifik sebelum digabungkan untuk kepada rutin kepada apparatus bola. Gimnas melakukan latihan 'upgrading' bagi Gred 2 dan Gred 3. Gimnas kumpulan ini membuat persediaan untuk penyertaan Mini Pertandingan dalaman yang akan diadakan dalam masa 2 bulan nanti dan juga kejohanan di peringkat Remaja Kebangsaan. Kehadiran dan prestasi atlet adalah memuaskan.

Gimnas Gred 3 akan menjalani latihan tindik (attachment programme ) di Bukit Jalil untuk berlatih dibawah Jurulatih Pelapis Kebangsaan. 

Jurulatih telah dimaklumkan berkenaan dengan tarikh Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan yang telah dijangka untuk diadakan pada September ini telah ditunda pada bulan November nanti.

Bagaimanapun, jurulatih telah memaklumkan bahawa kumpulan Gimnas ini sangat komited semasa latihan dan mempunyai banyak peningkatan semasa setiap sesi latihan yang dijalankan. 




Sent from Samsung tablet

No comments:

Post a Comment