Sunday, August 17, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA ( JKK ) SUKAN ANGKAT BERAT BIL 02/2014, SMK SANTUBONG

Salam

Tarikh   : 14 ogos 2014
Masa     : 10 pagi
Tempat : Bilik Pengetua, SMK Santubong

Kehadiran : Pn Hajah Aishah, (Pengetua Sekolah )
                     Mohd Faizal Ibrahim ( PKU, USPTN Sarawak )
                     Dedia Sarini Ahmad ( PPN, USPTN Sarawak )
                     Mohd Azizan Madihi ( PKK, SMK Santubong )
                     Nojes Ajip ( JPN Sarawak )
                     Edmund Yeo ( JPM MSNS )


Ulasan 

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Sukan Angkat Berat kali ke -2 telah diadakan di SMK Santubong dengan kehadiran seperti senarai di tersebut di atas. Agenda dalam mesyuarat tersebut ialah pelaporan aktiviti 2014 bagi tempoh Januari - Jun 2014 dan perancangan aktiviti Julai - Disember 2014 yang akan dilaksanakan.

Pengetua, Pn. Hjh Aishah berminat untuk melaksanakan program sukan ini di sekolah bagi mewujudkan suasana aktif dan membentuk sahsiah dikalangan. Antara program yang akan dirancang untuk dilaksanakan di sekolah tersebut ialah Klinik Pengenalan Angkat Berat dan program PPS. Cikgu Mohd Azizan memaklumkan bahawa beliau telah mengenalpasti beberapa pelajar yang boleh menceburi sukan ini. Beliau juga turut memaklumkan Sukan ini boleh dilaksanakan sebagai salah satu Program Transformasi Pelajar Asrama sekolah ini. Beberapa kawasan dan tempat turut dilawat untuk cadangan program yang akan dilaksanakan.

Cadangan tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian mengikut kesesuaian program di sekolah. Puan Pengetua dan pihak JPN telah memberi sokongan yang menggalakkan cadangan program ini untuk dilaksanakan.




                    






Sent from Samsung tablet

No comments:

Post a Comment