Thursday, October 4, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TAEKWONDO USPTN DI KUCHING (03/10/2012)

Tarikh : 3 Oktober 2012
Tempat : Kuching Taekwondo & Self - Defence Academy
Masa : 07:45 pm - 08:45 pm


Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
En. Mohd Faizal bin Ibrahim (SDO Sukan Taekwondo)
En. Joseph Chang Siang Ping (JSM Sukan Taekwondo)


Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki : 4 orang 
Atlet Wanita : 5 orang


Objektif Pemantauan

  1. Memantau keadaan Pusat Latihan Negeri (PLN) dari segi kondisi serta kemudahan fasiliti seperti ruang latihan yang mencukupi dan dilengkapi dengan Tatami Mat serta kipas. Selain itu, penyediaan peralatan-peralatan asas untuk latihan seperti Dobok (uniform), Sparring Gears, Punching Bag dan Target juga diperiksa.
  2. Berkenalan dengan para atlet serta memberi taklimat ringkas mengenai Program USPTN kepada atlet
  3. Memantau sesi latihan yang dijalankan oleh para atlet dan mendapat penerangan dari JSM Taekwondo mengenai perkembangan prestasi semasa atlet.


Keputusan Pemantauan

Sesi Latihan
Sesi latihan yang dilakukan oleh para atlet adalah seperti berikut :-

Sparring Session
  • Face to Face Sparring
  • Attack Sparring (Turning & Chopping)
  • Counter Sparring

Peralatan-peralatan Latihan

JSM Taekwondo, En. Joseph Chang Siang Ping memaklumkan bahawa peralatan-peralatan asas untuk latihan seperti alatan Sparring Gears (Sparring Shin & Instep, Shin & Knee Guard, Forearm & Elbow Guard, Face Gear dan Chest Protector) kebanyakannya sudah uzur dan saiz untuk atlet dewasa juga tidak mencukupi.


Sekian, terima kasih.


MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak



No comments:

Post a Comment