Monday, March 11, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN DAN SESI KEDUA PEMILIHAN BAKAT BARU ( KUMPULAN 2 ) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Salam
Pemantauan ke sesi tersebut telah dilakukan seperti berikut :

Tarikh : 9 Mac 2013 ( Sabtu )
Venue : Dewan Gimnastik, Petra Jaya, Kuching

Seramai 7 gimnas telah menghadiri sesi latihan pada hari tersebut. Gimnas lelaki dikecualikan dari sesi latihan manakala gimnas yang tidak hadir kebanyakannya perlu menghadiri kelas gantian di sekolah masing - masing.



Pada hari tersebut juga, merupakan sessi pemilihan bakat baru kepada Kumpulan 2 selepas Kumpulan 1 yang telah dilakukan pada Jumaat ( 8 Mac 2013 ) jam 3.00 petang. Ujian Teknik Asas yang spesifik untuk sukan ini dilakukan kepada semua pelajar tersebut. Bagaimanapun, tidak semua yang dipilih semasa pencarian bakat baru ( Talent Scouting ) di sekolah - sekolah hadir untuk sessi pemilihan tersebut kerana mempunyai kelas gantian dan tidak mendapat kebenaran dari ibu bapa.





Menurut jurulatih, pemilihan pada kali ini adalah lebih baik daripada sessi yang pernah dilakukan sebelum ini. Walaubagaimanapun, pelajar yang terpilih akan mengikuti tempoh percubaan untuk 2 minggu ke 3 bulan sebelum diserapkan sepenuhnya ke dalam program.



Ibu bapa telah diterangkan berkenaan semua peraturan dan semua garis panduan termasuk pakaian yang sesuai semasa latihan, pengambilan makanan dan jadual masa latihan.

Sekian, terima kasih.


Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak

No comments:

Post a Comment