Friday, May 10, 2013

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SUKAN OLAHRAGA MIRI






Salam
Tarikh : 09 Mei 2013
Masa : 4.00 petang
Venue : Riam Road Secondary School
Jurulatih : Kong Pei Chuen
Kehadiran : 5 orang
Tidak Hadir : 13 orang
Latihan
Gym - Strenght Power

Ulasan
Ini merupakan pemantauan pertama ke Pusat Latihan Negeri di Miri. Semasa lawatan tersebut, saya telah berjumpa dengan Pengetua sekolah tersebut iaitu Dato' Dr. Fong Onn Min. Beliau memaklumkan pihak sekolah begitu komited dalam sukan olahraga di mana pencapaian olahraga sekolah tersebut begitu membanggakan. Untuk memantapkan lagi sukan olahraga di sekolah tersebut, pihak sekolah telah melantik 2 jurulatih dari negara China iaitu En. Leo Li Dapeng dan En. Wang Shengqiang yang mana semua ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah. Beliau turut menyatakan penghargaan ke atas bantuan peralatan yang disalurkan oleh pihak Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara. 

Lawatan seterusnya ke tempat latihan. Kebetulan pada hari lawatan, jurulatih memaklumkan latihan adalah Strenght Power di gym sahaja untuk persediaan ke kejohanan Olahraga di Negeri Sembilan. Pasukan Sarawak akan berangkat ke Negeri Sembilan pada hari ini. Makluman daripada jurulatih, bagi latihan trek dijalankan di Stadium Miri manakala latihan padang cuma dijalankan di sekolah kerana kesukaran membawa peralatan sukan. Pihak sekolah menyediakan 3 buah van bagi pengangkutan atlet menjalani latihan.

Makluman jurulatih, 13 orang atlet sekarang sedang menjalani latihan pusat iaitu 7 atlet menjalani latihan pusat Olahraga di Serikei sebagai persediaan MSSM manakala 5 atlet menjalani latihan pusat di Sibu bagi sukan Bola Tampar dan Bola Keranjang untuk ke kejohanan MSSM.Peralatan dan Kemudahan Sukan
Kebanyakan peralatan dan kemudahan disediakan oleh pihak sekolah.

Sekian terima kasih


Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pemangku Ketua Unit
USPTN Sarawak 

No comments:

Post a Comment