Friday, December 6, 2013

Kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan Siri 2 2013

Hari Pertama
Tarikh : 6 Dis 2013
Venue : Pusat Akuatik Paroi, Seremban Negeri Sembilan

Ulasan
Pasukan Sarawak telah menghantar 2 atlet lelaki dan 1 atlet wanita bagi kategori bawah 12 tahun. Sebelum ke kejohanan, atlet-atlet tersebut sedang menjalani latihan pusat di Bukit Jalil sejak 21 Nov yang lalu. Hasil latihan tersebut, prestasi atlet begitu memuaskan kerana telah berjaya merangkul pingat.

Acara 3m papan anjal lelaki bawah 12 tahun :
1. Enrique Maccartney - Perak
2. Leo Ah Boon - Tempat ke 4

Acara 3 m papan anjal wanita bawah 12 tahun :
1. Kimberly Bong - Perak

Acara 1m papan anjal lelaki bawah 12 tahun :
1. Enrique Maccartney - Emas
2. Leo Ah Boon - Gangsa

Acara 1m papan anjal wanita bawah 12 tahun :
1. Kimberly Bong - Emas

Diharap atlet-atlet Sarawak dapat menunjukkan prestasi yang baik bagi acara platform pada esok hari.

Sekian.

No comments:

Post a Comment