Saturday, December 20, 2014

LAPORAN PROGRAM LATIHAN BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SABAH BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SARAWAK

Salam.

Tarikh     : 16 Disember 2014 - 18 Disember 2014
Masa       : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik KBS, Kuching

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM (USPTN)
Pn. Harnani Bt Muhammad - JPM (MSN)
Pn. Xiao Xia - JLN (MSN)
25 orang Atlet

Latihan :
a) Core Strengthening (Focus on abs)
    - Speedy Leg Raise
    - Bicycle Crunch

b) Rutin Asas (Dry Gym)
    - Diving Specific stretching
    - Tekan Bahu
    - Ajuk 
    - Ayun Tangan
    - Lompatan

c) 3m Springboard & 5m Springboard (Kolam Akuatik)

Ulasan :
Latihan pada hari ketiga dan seterusnya diteruskan seperti yang dijadualkan iaitu bermula pada jam 8.30 pagi dan petang pada jam 3.00 petang. Antara rutin wajib yang perlu dilakukan oleh setiap atlet adalah aktiviti pemanasan dan regangan badan sebelum mereka melaksanakan rutin-rutin lain di kolam terjun. 

Pada hari keempat, pada sebelah pagi latihan dijalankan di dry gym dan di kolam. Pada sebelah petang pula, latihan telah dijalankan di pantai Damai. Menurut JPM, latihan di pantai yang dijalankan lebih memfokuskan elemen kecergasan. 

Untuk hari terakhir, cadangan untuk mengadakan mini pertandingan terpaksa dibatalkan memandangkan bilangan atlet terlalu sedikit kerana lebih separuh atlet Sarawak telah mengikuti kem Tahunan USPTN Sarawak 2014. Jurulatih mencadangkan agar lebih memfokuskan latihan berbanding mengadakan mini pertandingan berikutan tempoh yang singkat untuk menjalankan latihan bersama. Latihan bersama Pasukan Terjun Negeri Sabah tamat pada tengah hari. 

Pada sebelah petang, latihan bagi atlet USPTN Sarawak diteruskan seperti biasa. Atlet yang menyertai kem tahunan pada 15 hingga 17 Disember 2014 turut hadir menjalani latihan pada 18 Disember 2014 yang bermula pada jam 3.00 petang. 

Secara keseluruhan, kesemua jurulatih dan atlet yang terlibat dalam program ini telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tinggi dan program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment