Tuesday, August 9, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 8 Ogos 2016
Masa : 11.00am
Venue : Dewan Gimnastik Petra Jaya, Kuching
Jurulatih : Bogomil Ivanov Momchilov
               Gergana Kostadinova

Kehadiran : 17 orang (2L, 15W)

Latihan
Wanita
1. Acro
2. Floor Exercise
3. Bar
4. Choreography
5. Fizikal Condition

Lelaki
1. Acro
2. Floor Exercise

Ujian
Tiada

Pertandingan
Tiada

Peralatan
Peralatan dalam keadaan baik

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Latihan telah bermula pada hari Selasa (02.08.16) selepas Sukma XVIII 2016
2. Jurulatih memberi tumpuan pada persediaan 2 atlet yang telah tersenarai untuk ke Kejohanan Junior Commenwealth Gymnastics Championships di Namibia pada 8 - 16 Okt 2016 bersama pasukan kebangsaan.
3. Kedua-dua jurulatih akan bercuti balik ke negara asal bermula 12.08.16 hingga 21.09.16. Namun begitu, latihan tetap akan dijalankan dan akan dipantau dengan bantuan daripada ibu bapa yang telah diberi kepercayaan oleh jurulatih. Jurulatih juga telah menyediakan program latihan sepanjang mereka bercuti. Atlet hanya perlu mengikuti program latihan tersebut.
4. Jumlah atlet telah berkurangan kerana 1 atlet telah ke pelapis kebangsaan, 1 telah dikeluarkan dari program dan 1 telah berhenti.
5. Makluman jurulatih, beliau akan mengadakan pengambilan atlet baru melalui program TID selepas beliau balik dari bercuti. Tarikh akan ditetapkan kemudian.

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang. Akuatik Terjun.

No comments:

Post a Comment