Tuesday, April 25, 2017

LAPORAN KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 01/2017 - MENEMBAK SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 20 - 23 April 2017
Venue : Lapang Sasar Menembak, Sungai Batu Pahat Kangar
            
Jurulatih : Loretta Evelyn ak. Deri
Pengurus : Mohd. Saffuan b. Abd. Razak

Kehadiran : 2 orang (1L, 1W)

Latihan 
Tiada

Ujian
Tiada

Pertandingan
Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 01/2017
Tarikh : 30 Nov - 3 Dis 2016
Sukan : Menembak

Keputusan :-
Acara 10m Air Rifle Lelaki
1. Shariff Putra Haikal b. Sharie Albane - 424 2x (Rank 10/14)

Acara 10m Air Rifle Wanita
1. Nur Ayu Azira bt. China @ Diai - 314 2x (Rank 12/18)

Peralatan
Senjata dipinjam daripada pihak Persatuan Menembak Perlis kerana pasukan Sarawak tidak dapat membawa senjata atas sebab pembatalan pemegang Lesen A yang lama dan sedang dalam proses pertukaran kepada pemegang lesen yang baru.

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Penyertaan kurang kerana tiada latihan selama 3 bulan. Atlet lain tidak mempunyai keyakinan untuk pergi bertanding. Hanya 2 atlet yang pernah menyertai kejohanan Karnival yang lepas hadir ke Karnival tersebut.
2. Pasukan Menembak Sarawak tidak dapat membawa senjata kerana masalah Lesen A, namun atas bantuan pihak persatuan Menembak Negeri Perlis, pasukan menembak Sarawak dapat menyertai pertandingan.
3. Ranking peserta Sarawak masih jauh dibanding dengan atlet negeri lain namun prestasi masih memuaskan kerana masih dapat memberi saingan walaupun tidak menjalani latihan selama 3 bulan.

Sekian. Terima kasih

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang. 

No comments:

Post a Comment