Tuesday, February 6, 2018

SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA BULAN FEBRUARI 2018

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Tarikh : 3 Februari 2018

Masa : 1030hrs - 1200hrs

Venue : Riam Road Secondary School, Miri

Kehadiran Pegawai: 

1. En. Mohd Faizal Bin Ibrahim (PPN Sukan Olahraga USPTN Sarawak)

2. En. Harifen Mansor (Pemangku Ketua Zon Utara, Majlis Sukan Negeri Sarawak Bahagian Miri)


Kehadiran Jurulatih

1. En. Lim Teck Leong (JSM PLN Miri Olahraga USPTN Sarawak)


Kehadiran Atlet:

1. PLN - 27 Orang (18 Lelaki, 9 Wanita)


LATIHAN

- Tiada


UJIAN

- Tiada


PERTANDINGAN

 - Tiada


PERALATAN

1. Medicine Ball

-1kg - 1 biji

-3kg - 4 biji

-5kg - 4 biji

-7kg - 4 biji

2. Mini Hurdle - 6",9",12",15",18"

3. Harness - 3 Set

4. Plyometrix Box - 6 Set


KECEDERAAN

- Tiada


PROGRAM BINAAN

- Tiada


ULASAN / ISU

1. Ini merupakan lawatan pertama yang dilakukan oleh PPN bagi tahun 2018 bagi PLN bahagian Miri dimana PPN telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Riam Road Secondary School iaitu Ybhg. Dato' Dr Fong Onn Min. PPN juga telah memberikan laporan ringkas berkenaan dengan perlaksanaan program sepanjang tahun 2017 dan juga telah menerangkan secara ringkas akan perlaksanaan program untuk tahun 2018.


2. Pihak sekolah juga sangat gembira dan menyambut baik akan berita berkenaan dengan pencalonan seorang atlet wanita daripada PLN Miri iaitu saudari Ruby Lee Jia Lu untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan 13th SEA Youth Athletics Championship yang akan diadakan pada 5-6 April 2018 bertempat di Thammsat University Sports Complex (TUSC), Thailand. Pihak sekolah dan jurulatih akan memastikan bahawa saudari Ruby Lee Jia Lu akan membuat persediaan yang terbaik bagi menyertai kejohanan tersebut nanti.


3. Seperti kelaziman biasa, PPN telah mengambil foto individu para atlet untuk tujuan pendaftaran biodata atlet bagi pelaksanaan program untuk tahun 2018.Selain itu, PPN juga telah membuat pemeriksaan terhadap peralatan sukan yang telah dibekalkan oleh USPTN. Semua peralatan dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan untuk sesi latihan.


Sekian,terima kasih


Laporan di sediakan oleh:


MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM

PPN USPTN Sarawak

Sukan Olahraga

No comments:

Post a Comment