b. Alfred Lau Yu Leong
- 2nd round Single Qualification
- 1st round Double Qualification
Pemantauan Sukan Olahraga Di SMK Tabuan Jaya, Kuching
Salam
Tarikh: 30 Mac 2014
Tempat: SMK Tabuan Jaya, Kuching
Masa: 03:30pm - 05:30pm
Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
En. Mohamad Ikmal Bin Afandi
Kehadiran Atlet
22 = hadir
Lelaki = 11
Wanita = 11
Rumusan Pemantauan
Jurulatih
Pn. Rasia Anak Lutang menghadiri kursus di Kedah dan tidak dapat hadir disesi latihan tersebut. Oleh itu, sesi latihan pada hari tersebut telah dikendalikan oleh Jurulatih Olahraga SMK Tabuan Jaya iaitu cikgu Abang Sapani.
Atlet
Sesi latihan yang dijalankan oleh atlet adalah memfokuskan kepada fasa relaksasi dan mini game, dimana para atlet dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan akan meghantar wakil untuk bertanding.
PEMANTAUAN SUKAN SKUASY DI SARAWAK CLUB, KUCHING
Salam.
Tarikh : 29 April 2014
Masa : 3.00 petang
Tempat : SARAWAK CLUB, KUCHING
Jurulatih : ANDRE KHO YANG YANG
Kehadiran (Atlet) : 2 orang
2 pegawai ( USPTN & MSNS )
ULASAN:
Hari selasa merupakan hari rehat bagi Sukan Squasy. Namun 2 orang atlet telah hadir pada hari tersebut dan menjalankan sesi latihan. Ini disebabkan atlet tersebut tidak dapat menghadiri sesi latihan pada hari Rabu kerana mempunyai ujian dan kelas tambahan sebagai persiapan Peperiksaan. Sesi latihan dijalankan bermula dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Bagi sesi latihan pada hari tersebut banyak memfokuskan kepada permainan taktikal dan ketepatan hantaran bola. Taktikal tersebut adalah bertujuan untuk memberi tekanan yang berterusan kepada pihak lawan di bahagian belakang gelanggang. Fokus utama sesi latihan ini adalah persediaan untuk ke SUKMA XVIi Perlis 2014.
Sekian, terima kasih.
--
Mohamad Ikmal Bin Afandi
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Olahraga, Basikal & Skuasy)