Friday, July 4, 2014

Fwd: PEMANTAUAN SUKAN TENIS

Assalamualaikum

Tarikh : 3 Julai 2014
Masa : 5.00 petang
Venue : Sarawak Lawn Tenis Association
Jurulatih : JSM Stevie Din
               
Kehadiran : 14 orang atlet (10 Lelaki & 4 Perempuan)

Sesi Latihan ( 4.30pm - 6.30pm)
1. Multiple Ball Training
2. Mini Tenis
3. Match Play

Ulasan
Makluman daripada jurulatih, beliau memberi tumpuan kepada atlet baru. Namun begitu, sepanjang latihan dijalankan, beliau juga akan memantau latihan atlet dewasa. Semua atlet baru akan dimasukkan ke Beginners Development Programme dan dikenakan cas keahlian sebanyak RM50 sebulan. Semua atlet baru akan menjalani latihan asas dahulu di kawasan yang kecil dahulu dan apabila telah menguasai kemahiran teknik dengan betul, atlet akan menjalani latihan di gelanggang lebih besar.

Peralatan / Kemudahan
1. Peralatan reket adalah milik sendiri.
2. Kekurangan Bola Latihan - Red Dot & Green Dot Ball
3. Pusat Latihan mempunyai 12 gelanggang. Terbuka kepada awam yang mendaftar menjadi ahli.

Sekian terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Akuatik Renang. Akuatik Terjun. Memanah. Pelayaran.




PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON DI DEWAN SBA, KUCHING

Salam.

Tarikh      : 4 Julai 2014
Masa        : 3.00 petang - 4.00 petang
Tempat    : Dewan Badminton SBA, Kuching

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Badminton)
En. Dwi Ariyanto (Jurulatih MSNS)
En. Rukita (Jurulatih SBA)

Kehadiran Atlet :
14 orang atlet

Ulasan :

Sesi latihan di bulan Ramadhan dijalankan seperti biasa bermula jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Kehadiran atlet pada sesi latihan kali ini sangat baik walaupun terdapat sebilangan daripada mereka tidak dapat hadir kerana menghadiri kelas tambahan. Menurut Jurulatih En. Dwi Ariyanto, sesi latihan kali ini memfokuskan lebih kepada on-court training di mana para atlet akan melakukan pattern stroke dan fokus kepada teknik-teknik smashing. 

Sekian, terima kasih.

----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Badminton
USPTN Sarawak

Thursday, July 3, 2014

PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA DI TABUAN JAYA, KUCHING


Tarikh: 3 .7. 2014 

Masa: 3.30 petang - 5.30 petang
Tempat: Stadium mini SMK Tabuan Jaya.


KEHADIRAN:

1.  Mohamad Ikmal Bin Afandi - SDO

2.  Pn. Rasia anak Lutang – JSM

3.  16 orang atlet

 


LATIHAN

- Atlet menjalani latihan olahraga seperti biasa.

- Latih daya tahan kelajuan 100m x 3 , 200m x 3

- Latih tubi lonjakan/layangan lompat jauh/30m x 5 x 2

- Latih daya tahan larian 1300m x 3

 

 ULASAN

1.  Latihan yang dilakukan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

2.  Kelongaran menghadiri latihan diberi kepada atlet beragama islam dan juga kepada atlet Tingkatan 3 & 5 yang mempunyai kelas tambahan. Atlet lain menjalani latihan seperti biasa yang telah ditetapkan oleh jurulatih.

3.  Kedatangan atlet lelaki dan wanita memuaskan

4.  Seramai 7 orang atlet tidak hadir semasa latihan kerena mmpunyai kelas tambahan dan berpuasa.

 

Sekian, terima kasih.

 

Mohamad Ikmal Bin Afandi

SDO Sukan Olahraga

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak


PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO DI KUCHING TAEKWONDO & SELF-DEFENSE ACADEMY (Julai 2014)

Salam dan Selamat Sejahtera.

Tarikh       : 2 Julai 2014
Masa         : 7.45 pm - 8.45 pm
Tempat     : Kuching Taekwondo & Self - Defense Academy

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
En. Joseph Chang Siang Ping (JSM Sukan Taekwondo)

Kehadiran Atlet :
5 orang atlet Lelaki
1 orang atlet Perempuan

Ulasan :

Sesi latihan sepanjang bulan Ramadhan dijalankan seperti biasa bermula jam 7.00 petang sehingga jam 9.00 malam. Kehadiran atlet pada sesi latihan kali ini agak tidak memuaskan kerana hanya 6 orang atlet sahaja yang hadir. Menurut JSM, kehadiran atlet pada bulan Ramadhan memang agak berkurangan memandangkan tidak ramai atlet muslim yang menghadirkan diri. Selain daripada itu, terdapat beberapa atlet tidak hadir kerana menghadiri kelas tuisyen di luar. Teguran berkaitan dengan masalah kehadiran atlet telah diberikan.

Program Latihan :
a. Warm Up & Stretching
b. Free Kicking
c. Basic Sparing

Sekian, terima kasih.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak

Wednesday, July 2, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN DI PUSAT AKUATIK, KBS KUCHING (Julai 2014)

Salam.

Tarikh     : 1 Julai 2014
Masa       : 3.00 petang - 4.00 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS Kuching

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Akuatik Terjun)
JPM Rosatimah Bt Muhammad
JLN Xiao Xia

Kehadiran Atlet :
11 orang atlet Lelaki
4 orang atlet Perempuan

Ulasan :

Sepanjang bulan Ramadhan ini, latihan akan dijalankan seperti biasa bermula dari jam 2.30 petang hingga 7.30 petang. Kelonggaran waktu latihan diberikan kepada atlet-atlet muslim yang mana mereka akan menjalani latihan seperti biasa sehingga jam 5.00 petang. Kehadiran atlet pada sesi latihan kali ini kurang daripada biasa kerana terdapat beberapa orang atlet tidak hadir kerana menghadiri kelas dan seorang atlet tidak dapat hadir ke sesi latihan kerana kurang sihat. JPM Rosatimah memaklumkan bahawa seorang atlet telah menarik diri daripada latihan ini atas masalah tertentu. Hasil daripada pemantauan pada kali ini, program latihan menfokuskan lebih kepada teknik lenturan dan postur badan dan kaki disamping turut melakukan teknik ayunan tangan. Pada 21 - 23hb Jun 2014 yang lepas, seramai 6 orang atlet telah mewakili Sarawak ke Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Siri 2/2014 di Sabah dan pencapaian para atlet memberangsangkan setelah memperoleh 6 emas, 4 perak dan 2 gangsa. 

Sekian, terima kasih.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Akuatik Terjun
USPTN Sarawak