Monday, January 6, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING CRYSTAL BOWL


Tarikh       : 6 Januari 2014
Tempat     : Crystal Bowling
Masa        : 3 pm
Kehadiran : En Reginald Walter JPM
                    En Angelo Koey      JSM
                    En Faizal b. Ibrahim PKU
                    4 Atlet Lelaki
                    6 Atlet Wanita

Latihan dijalan kan seperti biasa. Jurulatih memaklumkan pihak ABAS dengan kerjasama jurulatih-jurulatih di bawah program USPTN dan MSN Sarawak telah mengadakan Pre-Evaluation pada Ahad 5 Januari 2014 jam 8 pagi. Pre-Evaluation ini bertujuan untuk memilih atlet-atlet yang bakal mengikuti Evaluation pada 7 Januari 2014 jam 7 mlm Selasa ini. Seramai 54 orang atlet telah menghadiri pre-evaluation tersebut dan hanya 40 orang atlet telah terpilih untuk mengikuti pemilihan seterusnya.







Disamping itu jurulatih juga memaklumkan Seramai 20 org atlet telah disenaraikan ke dalam pasukan bayangan Sarawak bagi SUKMA 2014. Dan seramai 12 orang merupakan atlet AAA USPTN Sarawak.

Pada 15 Januari 2014 pusat latihan Crystal Bowling akan ditutup sepenuhnya. dan Crystal Bowl akan berpindah ke Megalane Bowl di Jalan Simpang Tiga. 

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Wednesday, December 18, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN LAPANG SASAR MENEMBAK

Tarikh       :  16 Disember 2013
Masa        :  2 ptg
Hari          : Isnin
Kehadiran : 7 atlet
Jurulatih    : Pn Christina 

Latihan dijalankan sebanyak 2 sesi pada hari ini iaitu sesi pagi dan petang bagi mempersiapkan pasukan menembak ke Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 2/2013 yang akan berlangsung pada 17-21 Disember di Ayer Keroh, Melaka. Latihan menembak lebih tertumpu kepada latihan kumpulan. Tiada sebarang pemarkahan di ambil semasa sesi latihan ini.

Pada kejohanan kali ini USPTN akan menghantar seramai 7 orang atlet ke kejohanan tersebut. Iaitu 

2 org Air Rifle Wanita
2 org Air Pistol Lelaki
2 org Air Pistol Wanita
1 org Air Rifle Lelaki

Sekain

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Tuesday, December 17, 2013

LAPORAN PENUH KEJOHANAN TINJU BAHAGIAN SARAWAK (PP/PC) 2013 BETONG

Tarikh  : 10-13 Disember 2013
Tempat: Stadium Betong
Peserta: Kuching  9 Petinju
             Saratok  10 Petinju
             Betong    9 Petinju
             Kapit      12 Petinju
             Bintulu    10 Petinju

Jurulatih : Seramai 9 orang jurulatih dari 5 bahagian
Pegawai : 4 orang

Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini merupakan kejohanan julung kali anjuran bersama Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak. Pertandingan telah di pecahkan kepada 3 kategori umur dan 13 kategori berat badan secara kesuluruhan. Sebanyak 27 bout telah dipertandingkan sepanjang tempoh 4 hari kejohanan. Dan telah menyaksikan pungutan pingat seperti berikut:

Kuching  4 Emas 2 Perak 2 Gangsa
Kapit      4 Emas 2 Perak 2 Gangsa
Betong   3 Emas 2 Perak 4 Gangsa
Saratok  1 Emas 4 Perak
Bintulu   1 Emas 3 Perak 3 Gangsa

Pada hari terakhir kejohanan petinju-petinju telah dikumpulkan bersama pada akhir perlawanan bagi memberi peluang kepada jurulatih-jurulatih yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Tinju Sarawak En Fred Mandagi mengulas serba sedikit berkenaan tektik, teknik, mental dan disiplin kepada petinju - petinju. Harapan bagi kejohanan ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sekian

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Tuesday, December 10, 2013

KEJOHANAN TINJU BAHAGIAN SARAWAK (PP/PC) 2013 BETONG

Tarikh  : 10 Disember 2013
Hari     : Isnin
Masa  : 2 pm
Tempat: Stadium Betong
Peserta: 50 Atlet
             6  Jurulatih
             3  Pegawai

Kejohanan ini merupakan anjuran bersama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak dan Majlis Sukan Negeri Sarawak. Sebanyak 5 pasukan yang mengambil bahagian yang terdiri daripada bahagian Bintulu, Saratok, Betong, Kapit dan Kuching. Kategori telah di pecahkan kepada 13-14 tahun, 15-17 tahun dan 18-20 tahun.

Hari pertama telah menyaksikan sebanyak 11 Bout telah dipertandingkan yang melibatkan seramai 22 petinju dari 5 bahagian seluruh Sarawak. Kejohanan telah dimulakan pada jam 2 ptg dan berakhir pada jam 630 ptg.

Sekian

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Saturday, December 7, 2013

Kejohanan Terjun Remaja Kebangaaan Siri 2 2013

Hari Kedua
Tarikh : 7 Dis 2013
Venue : Pusat Akuatik Paroi, Seremban Negeri Sembilan

Ulasan
Prestasi atlet Sarawak begitu memuaskan walaupun atlet wanita bawah 12 tahun, Kimberly Bong kurang sihat akibat demam sejak hari pertama. Namun beliau tetap bersemangat untuk bertanding dan telah memperolehi 2 emas (1m papan anjal n platform) dan 1 perak (3m papan anjal). Dua atlet lelaki bawah 12 tahun juga menunjukkan prestasi yang baik walaupun tidak cukup dive untuk acara platform.
Kejohanan tamat pada jam 10 pagi. Penyampaian hadiah bagi acara 1m papan anjal dan platform telah diadakan selepas tamat pertandingan. Keputusan pasukan Sarawak hari ini bagi acara platform :

Acara Platform Lelaki Bawah 12 Tahun
1. Enrique Maccartney - Tempat ke 5
2. Leo Ah Boon - Tempat ke 4

Acara Platform Wanita Bawah 12 Tahun
1. Kimberly Bong - Emas

AGI IDUP AGIK NGELABAN