Tuesday, October 28, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN GIMRAMA SARAWAK

Tarikh  :   26 Oktober 2014 ( Ahad )
Masa    :  9.00 - 11.00 pg
Venue  :  Dewan Gimrama, Queens Tower, Kuching

Kehadiran : 
- Shaleen Tay ( JSM  MSNS )
- 4 atlet 


Latihan :
Apparatus Handling 
Rutin apparatus


Ujian : 
Tiada


Peralatan :
- Bola ( Ball )
- Tali ( Rope )


Kecederaan : 
-tiada


Program Binaan :
-tiada

Ulasan : 

Latihan pada sesi tersebut merupakan sesi tambahan untuk atlet tersebut bagi untuk apparatus tersebut. Atlet ini telah digalakkan untuk menyertai kejohanan interclub di luar negara sebagai pendedahan awal.

Latihan seterusnya bermula jam 12.30 tghr untuk kumpulan LG, Gred 1 dan Gred 2.

Sekian, terima kasih.




LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TAEKWONDO - SARAWAK

Salam.

Tarikh       : 27 Oktober 2014
Masa         : 8.00 malam - 9.00 malam
Tempat     : Kuching Taekwondo & Self Defense Academy

Kehadiran :
Pn. Nurehsan Hassan (KUKS Cawangan Pelapis)
Cik Nency Eve Gasinau (Pegawai Cawangan Pelapis)
En. Mohd Faizal Bin Ibrahim (PKU USPTN Sarawak)
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Taekwondo)
En. Joseph Chang Siang Ping (JSM USPTN)
8 orang atlet

Latihan :
a) Speed Kick
b) Side, Back and Turning Kick
c) High Kick and Chopping
d) Bridging (30 secs x 3 sets)
e) Push up (30 times x 2 sets)

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Akan datang Kejohanan Antara Kelab Malaysia 2014 pada November 2014 di Sabah.

Peralatan :
Semua dalam keadaan baik.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
JSM mencadangkan untuk menjalani program TID untuk pencarian bakat atlet baru dalam masa terdekat.

Ulasan :
Sesi pemantauan ini telah dihadiri oleh 2 orang wakil dari Cawangan Pelapis, PKU USPTN Sarawak dan PPN. Kehadiran amat tidak memberangsangkan di mana musim perperiksaan menjadi faktor utama kehadiran atlet ke pusat latihan kurang. JSM Elvi Ak Lansor tidak dapat hadir ke sesi latihan atas sebab yang tidak dapat dielakkan (cuti kecemasan).
 
Sesi latihan dikendalikan oleh JSM, En. Joseph Chang Siang Ping dan dibantu oleh seorang jurulatih daripada Thailand. Terdapat beberapa orang atlet sedang giat menjalani latihan sebagai persediaan untuk ke Kejohanan Antara Kelab Malaysia 2014 yang akan datang.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri 
USPTN Sarawak

Monday, October 27, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN AKUATIK TERJUN - SARAWAK

Salam.

Tarikh     : 27 Oktober 2014
Masa       : 4.15 petang - 5.45 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS Kuching

Kehadiran :
Pn. Nurehsan Hassan (KUKS Cawangan Pelapis)
Cik Nency Eve Gasinau (Pegawai Cawangan Pelapis)
En. Mohd Faizal Bin Ibrahim (PKU USPTN Sarawak)
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Terjun)
Pn. Rosatimah Bt Muhammad (JPM USPTN)
Pn. Harnani Bt Muhammad (JPM MSNS)
42 orang atlet (23 atlet Lelaki & 19 atlet Wanita)

Latihan :
Lenturan badan 
Sesi belajar berenang ( untuk 26 orang atlet baru dari program TID )
Lompatan dan pergerakan asas seperti ayun tangan ( Dry Gym )
Terjunan Asas ( Kolam Akuatik )
Core Strengthening 

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Tiada

Peralatan :
1. Floor matting untuk aras 5m Platform masih belum diganti oleh pihak pengurusan kolam.
2. Skru yang menggabungkan lantai dengan papan anjal yang terdapat di Dry Gym perlu diketatkan. (Diambil maklum)
3. Peralatan dan kemudahan yang lain dalam keadaan baik.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
TID telah dilaksanakan pada 13 hingga 16 Oktober 2014 di 6 buah sekolah.
86 orang atlet telah dipilh.
Sesi pengenalan ringkas sukan akuatik terjun telah diadakan pada 20 hingga 22 Oktober 2014 yang melibatkan jurulatih, atlet dan ibu bapa. 
Menurut JPM, setakat ini hanya 30 orang atlet dari program TID yang aktif.

Ulasan :
Sesi pemantauan kali ini dihadiri oleh para pegawai daripada Unit Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara dan PKU USPTN Sarawak. Kehadiran atlet amat menggalakkan dengan kehadiran daripada atlet yang telah dipilih melalui program TID ke sekolah yang telah diadakan pada sesi yang lepas. 

Semasa pemantauan dilakukan, terdapat segelintir ibu bapa kepada atlet baru sedang memerhati sesi latihan yang dijalankan. Bagi atlet baru, sesi latihan dijalankan 3 kali seminggu (Isnin, Rabu dan Jumaat) bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. 

Sesi latihan yang dijalankan memfokuskan kepada latihan berenang di mana ke semua atlet-atlet baru ini tidak tahu untuk berenang, disamping melakukan sesi lenturan badan. Sesi ini telah dikendalikan oleh JPM MSNS Harnani Muhammad dan dibantu oleh atlet Carlysle Chan Wee Chiek. Bagi atlet yang sedia ada, mereka menjalani latihan seperti biasa yang dikendalikan oleh JPM, Rosatimah Muhammad. 

Seramai 8 orang atlet telah disenaraikan untuk mengikuti Kem Bakat Sukan Terjun Siri 02/2014 yang akan diadakan pada 3 hingga 7 November 2014 yang akan datang.

Pada pemantauan kali ini juga, Pegawai dari Cawangan Pelapis berkesempatan untuk berbincang bersama JPM berkenaan tahap prestasi atlet, kemudahan dan peralatan latihan dan lain-lain.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh:
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

RUMUSAN KEM BAKAT SUKAN BASIKAL SIRI 01/2014 DI KANGAR, PERLIS

Tarikh        : 18 hingga 25 Oktober 2014
Tempat      : Majlis Sukan Negeri Perlis, Kangar
Masa          : 6.30 pagi - 10.00 malam

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
En. Dinie Suhami ( Pemangku Pengurus Sukan Berbasikal, MSN )
En. Akmal Ahmad ( PPN Perlis )
En. Mohd Zairul Faiz ( PPN Wilayah Persekutuan )
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman ( PPN Sarawak )
12 orang Jurulatih

Kehadiran Atlet :
28 orang Atlet Lelaki
10 orang Atlet PPS Perlis ( Program Tindik )

Ulasan :

Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 01/2014 telah diadakan pada 18 hingga 25 Oktober 2014 bertempat di Majlis Sukan Negeri Perlis, Kangar. Program ini telah disertai oleh seramai 38 orang atlet. Bagi siri pertama ini, hanya melibatkan atlet lelaki sahaja, dan bagi atlet berbasikal wanita akan menyusul untuk siri kedua yang akan diadakan nanti. 

Hari Pertama
Ketibaan para pegawai, jurulatih dan atlet ke Majlis Sukan Negeri Perlis dan pendaftaran penginapan untuk semua. Sebelah petang telah diadakan sesi taklimat pegawai, jurulatih dan atlet bersama dengan Pemangku Pengurus Sukan Berbasikal, En. Dinie Suhami, berkenaan dengan perjalanan program sepanjang kem bakat ini. Pada sebelah malam, aktiviti ice-breaking yang dikendalikan oleh para PPN, diadakan bagi sesi suai kenal para atlet. 

Hari Kedua
Para atlet berkumpul pada jam 7.00 pagi bagi perbarisan pagi dan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku sebelum melakukan aktiviti yang lain. Aktiviti kemudiannya disambung dengan sesi dalam kelas yang dikendalikan oleh jurulatih. Antara kandungan sesi ini termasuklah sesi orientasi, pengenalan sukan dan penjagaan basikal. Pada sebelah petang pula, sesi ini disambung dengan sesi penerangan berkaitan dengan Biomekanik Basikal, yang mana meliputi aspek penggunaan basikal dengan betul termasuklah kaedah penggunaan gear. Aktiviti kemudiannya disambung dengan sesi Easy Ride di mana para atlet berkayuh sejauh 60km.

Hari Ketiga
Perbarisan pagi dimulakan lebih awal seawal jam 6.30 pagi dan ini tetap terus dilaksanakan untuk hari-hari berikutnya. Pada jadual asal, aktiviti road riding telah ditukarkan kepada sesi ceramah dan taklimat yang sepatutnya diadakan pada sebelah petang, berikutan dengan cuaca hujan di sebelah pagi. Pengisian pada taklimat ini telah disampaikan oleh jurulatih dari Pelapis Kebangsaan, berkaitan dengan acara-acara yang terdapat dalam sukan berbasikal (Road & Track Event). Sebelah petang, aktiviti dimulakan dengan sesi teknik dan kemahiran berbasikal yang meliputi teknik pecutan dan cornering skill, dan kemudian disambung dengan aktiviti road riding sejauh 50km. Aktiviti pada sebelah malam diteruskan dengan sesi bersama tokoh atlet yang merupakan bekas atlet kebangsaan iaitu, En. Edros Yunos. Beliau berkongsi pengalaman beliau menyertai skuad kebangsaan kepada para atlet. Para atlet mengambil kesempatan bertanyakan soalan berkaitan dengan sukan berbasikal. 

Hari Keempat
Seperti biasa, sesi dimulakan dengan perbarisan pagi pada jam 6.30 pagi. Sesi pada hari keempat sebelah pagi merupakan sesi ujian kecergasan para atlet. Ujian kecergasan meliputi sukatan bmi, standing broad jump, vertical jump, 1 minute push-up, 1 minute sit-up, agility t-test, dan 20m beep test. Sesi ini dikendalikan oleh pihak Pusat Satelit ISN Perlis dengan kerjasama para jurulatih. Sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan sesi kemahiran dan teknik. Sesi kali ini memfokuskan dengan teknik imbangan badan dan lebih dikenali dengan teknik "basikal perlahan".

Hari Kelima
Aktiviti pada sebelah pagi merupakan sesi road riding bermula dari Majlis Sukan Negeri Perlis menuju ke laluan Padang Besar yang melibatkan semua atlet kecuali atlet dari Program Tindik. Pada sebelah petang, sesi diteruskan pada jam 3.00 petang dengan sesi penerangan berkaitan pemakanan oleh jurulatih. Selesai sesi tersebut, satu taklimat ringkas para pegawai dan jurulatih diadakan bagi membincangkan perjalanan program ITT sejauh 10km di sekitar Pauh. Pada sebelah malam, satu sesi tayangan video telah diadakan.

Hari Keenam
Sesi pagi diteruskan dengan mini pertandingan iaitu Individual Time Trial (ITT) 10km di Pauh, Perlis yang melibatkan semua atlet termasuk seorang atlet PPS.

Keputusan :
1. Muhd Nur Aiman Rosli (Johor)
2. Mohd Mujahid B Mohd Shukri (Kedah)
3. Abdul Rahman Hamdan (Terengganu)

Pada sebelah petang, satu sesi ceramah berkaitan persediaan mental telah dikendalikan oleh jurulatih. Pengisian banyak menerangkan berkenaan persiapan mental para atlet menghadapi kejohanan. Pada sebelah malam, satu aktiviti ringkas telah diadakan bagi meningkatkan daya tumpuan para atlet.

Hari Ketujuh
Merupakan hari kemuncak di mana mini pertandingan telah diadakan. Criterium sejauh 18km mengelilingi Stadium Utama Kangar, merupakan acara yang dipertandingkan. 

Keputusan :
1. Abdul Rahman Bin Hamdan (Terengganu)
2. Nor Fahme Mohd Abdullah (Perak)
3. Muhammad Aiman Haiqal (Selangor)

Sebelah petang, satu sesi soal jawab telah dilaksanakan antara para atlet dengan jurulatih. Dalam sesi ini juga, para jurulatih mengambil kesempatan memberi kata-kata nasihat kepada atlet. Program seterusnya diteruskan dengan Majlis Penutupan Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 01/2014 dan penyampaian hadiah serta sijil penyertaan yang telah disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis,YB Tuan Abdul Jamil Saad. Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan aktiviti-aktiviti seumpamanya diadakan di Negeri Perlis di masa akan datang.

Hari Terakhir
Pergerakan pulang semua pegawai, jurulatih dan atlet ke negeri masing-masing.

Secara keseluruhan, program Kem Bakat Sukan Berbasikal ini telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama penuh yang telah diberikan oleh setiap jurulatih dan atlet bagi menjayakan program ini. Para atlet telah menunjukkan semangat, komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang program ini berjalan. Para jurulatih juga telah menunjukkan komitmen yang sangat baik dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti yang telah dirancang. Diharapkan agar semangat dan komitmen seperti ini boleh diteruskan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

NUR FATHEEN KHAIRUZAN BT SELEMAN
Pegawai Pembangunan Negeri Sarawak
USPTN Sarawak

Laporan Pemantauan PLN Sukan Menembak Sarawak


Tarikh       : 26 Oktober 2014
Masa        : 1330 PM
Venue       : Lapang Sasar Menembak Balai Polis Batu Kawa

Kehadiran  : 
Pn Tamarra Antsipava (JLN)
Pn Christina Liew        (JSM)
En Hawi Brodie           (Teknikal)

3 Atlet Lelaki   Air Rifle
3 Atlet Wanita  Air Rifle
8 Atlet Lelaki   Air Pistol
2 Atlet Wanita Air Pistol

Latihan:
25 Standard Pistol
10 M Air Rifle dan Air Pistol

Ujian:
Tiada

Peralatan:
Penyerahan 2 kotak kertas target dari cawangan Pelapis

Kecederaan:
Tiada

Program Binaan:
Tiada

Ulasan:
Jurulatih memohon untuk memindahkan beberapa orang atlet ke Sekolah sukan Tabuan Jaya bagi memudahkan urusan pergerakan ke sesi latihan. Hasil perbincangan dengan jurulatih sesi latihan gym akan diadakan pada setiap hari Khamis di gym Majlis Sukan Negeri Sarawak.

Pn Christina bersama 2 orang atlet Rifle dan Pistol akan berangkat ke Kem Menembak Program Khas Jangka panjang 2020-2024 (T20) Bil 01/2014 bertempat di Lapang Sasar Gong Kuin, Kuala Terengganu. Dari 27 Oktober - 1 November 2014.

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)