Tuesday, April 12, 2011

Mesyuarat Pelarasan Majlis Pelancaran 'Road to Paralympic London 2012'

Mesyuarat Pelarasan sempena Majlis Pelancaran 'Road to Paralympic London 2012' dan Penyerahan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Kontinjen Paralimpik di Sukan Para Asia Guangzhou 2010 telah diadakan pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak.

Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa majlis akan diadakan pada 14 April 2011 di Wisma Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, Kuching dan bakal dihadiri oleh YB Datuk seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap, KPSU, Tuan Haji Soedirman bin Haji Aini berbincang secara menyeluruh mengenai segala persiapan sebelum, semasa serta selepas majlis berlangsung. Perbincangan turut meliputi persiapan jemputan, media, pameran, protokol, peralatan dan sebagainya.

 





Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil-wakil dari jabatan tertentu seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Belia dan Sukan, Dewan Suarah Kuching, PDRM, Bahagaian Sukan KPSU, Bahagian Kebudayaan KPSU, Perbadanan Stadium Negeri, Pejabat Daerah, Pestron, Unit Paralimpik Elit Negeri Sarawak, PKU USPTN Sarawak serta wakil-wakil dari pihak Majlis Sukan Negara (MSN).

Mesyuarat turut bersetuju untuk memastikan semua jabatan-jabatan turut mengambil bahagian bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Mesyuarat tamat sekitar jam 4.30 petang.

Sekian.

Laporan daripada Cik Sue...

1 comment: