Thursday, August 30, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN BERBASIKAL USPTN DI SEMATAN (OGOS 2012)



LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN BERBASIKAL USPTN DI SEMATAN (OGOS 2012)

Tarikh: 29 Ogos 2012
Tempat: SMK Sematan
Masa: 11:00 a.m - 02:30 p.m

Kehadiran
En. Nedumaran A/L Lingappan (Pengetua SMK Sematan)
En. Peter anak Bair (Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Sematan)
En. Ribep anak Bisen (JSM Sukan Memanah USPTN)
En. Dzulkaflee bin Hassan (Ketua Jurulatih Sukan Berbasikal Majlis Sukan Negeri Sarawak)
En. Mohd Saffuan bin Abd. Razak (Pemangku Ketua Unit USPTN Sarawak)

Objektif Pemantauan
  1. Memberi penerangan dan membuka ruang pebincangan secara holistik mengenai program pembangunan sukan berbasikal yang dikendalikan oleh USPTN Sarawak  di   SMK Sematan kepada tuan pengetua, En. Nedumaran A/L Lingappan kerana beliau merupakan pengetua baru di sekolah tersebut.Beliau mula dilantik sebagai pengetua pada bulan Jun 2012.
  2. Memantau serta membuat pemeriksaan basikal dan peralatan-perlatan lain yang digunakan oleh atlet-atlet berbasikal USPTN.
  3. Memeriksa kondisi tempat penyimpanan (bilik stor) basikal dan peralatan-peralatan lain.

Keputusan Pemantauan
Basikal USPTN : 4 buah
Rosak : 2 buah

Jenis Kerosakan :
STI (Break set)
Rim (hup) Belakang
Handle bengkok

Atlet-atlet terpaksa menggunakan basikal dari Majlis Sukan Negeri kerana bilangan basikal yang tidak mencukupi untuk latihan.

Kondisi bilik stor basikal amat uzur dan perlu diperbaiki bagi mengelakkan kerugian pada masa akan datang.

Cadangan
  1. Memohon supaya diperuntukan peralatan-peralatan baru untuk membaiki basikal-basikal USPTN yang telah rosak
  2. Memohon sedikit sumbangan untuk membaiki bilik stor basikal yang telah uzur.

Sekian, terima kasih.

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Berbasikal, USPTN Sarawak






No comments:

Post a Comment