Thursday, August 30, 2012

Lawatan Pemantauan Sukan Memanah SMK Sematan

Salam 

Tarikh : 29 Ogos 2012
Masa : 11.00am - 2.30pm
Tempat : SMK Sematan

Kehadiran
1. En. Nedumaran a/l Lingappan (Pengetua SMK Sematan)
2. En. Peter ak Bair
3. En. Ribep ak Bisen
4. En. Dzulkaflee b. Hassan (Ketua Jurulatih Basikal MSNS)
4. En. Mohd. Saffuan b. Abd. Razak
5. En. Mohd. Faizal b. Ibrahim

Sempena lawatan pemantauan ke SMK Sematan, satu perjumpaan telah dibuat bersama pengetua dan beberapa orang cikgu SMK Sematan. Sesi perjumpaan tersebut adalah untuk berkenalan dengan pengetua baru SMK Sematan iaitu En. Nedumaran a/l Lingappan yang mula bertugas pada bulan Jun 2012 dan memberi penerangan ringkas matlamat dan peranan USPTN Sarawak. 

Perbincangan
1. Pengetua mencadangkan untuk melantik seorang pembantu jurulatih bagi membantu En. Ribep dalam melaksanakan program latihan memanah.
2. Penjelasan mengenai pelepasan pelajar yang perlu dihantar lebih awal bagi memudahkan pengurusan pihak sekolah
3. Program PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun ini bermula Tingkatan Satu dan seterusnya pada tahun-tahun akan datang.
4. Stor Simpanan Peralatan Sukan Memanah dan Berbasikal. Sedia maklum stor tersebut telah usang dan pihak sekolah telah menerima arahan daripada pihak atasan supaya stor tersebut dirobohkan. Jurulatih pernah menyatakan permohonan kepada pengurus sukan yang datang memantau sebelum ini sekiranya ada peruntukan untuk membaikpulih stor tersebut.
5. En. Dzulkaflee ada mencadangkan untuk membuat satu klinik bagi sukan memanah dan berbasikal di SMK Sematan namun tarikh masih dalam perbincangan. 
6. En. Ribep ingin memohon semula "attachment program" bagi sukan memanah Sarawak.

Latihan
Latihan dijalankan pada sebelah petang.

Peralatan
1. 'Bow' ada 4 set
2. Masih dalam keadaan baik dan digunakan untuk latihan dan kejohanan.
3. Target Butt masih dalam keadaan baik dan masih diguna.
4. Memerlukan peralatan 'Bow String' 68" 3 set dan 66" 3 set.
 
--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
USPTN Sarawak
 




--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
USPTN Sarawak
 

No comments:

Post a Comment