Thursday, September 20, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN OLAHRAGA USPTN DI SMK TABUAN JAYA, KUCHING (19/09/2012)

Tarikh: 19/09/2012 (Rabu)
Tempat: SMK Tabuan Jaya, Kuching
Masa: 03:30pm - 05.00pm

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
Cik Rasia Anak Lutang ( JSM Olahraga USPTN)
En. Mohd Faizal Bin Ibrahim ( SDO Olahraga USPTN)

Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki : 2 Orang
Atlet Wanita : 2 Orang


Objektif Pemantauan
Memantau Persedian Atlet-atlet untuk menghadapi Kejohanan Olahraga PO Perak All Comers 2012 yang bakal berlangsung pada hari Ahad, 23/09/2012 di Ipoh, Perak.


Keputusan Pemantauan
  1. Pada hari tersebut, sesi latihan hanya dihadiri oleh 4 oraang atlet sahaja dimana atlet-atlet tersebut bakal menyertai Kejohanan PO Perak All Comers pada 23/09/2012. Oleh yang demikian, JSM Olahraga, Cik Rasia Lutang memaklumkan bahawa sesi latihan untuk hari hari itu hanya memberi fokus kepada tahap persediaan mereka sahaja.
  2. Walaubagaimanapun, atlet-atlet USPTN yang lain juga hadir bagi sesi atihan kecergasan tetapi mereka berlatih di venue yang berbeza dan dikendalikan oleh Jurulatih Sukan Sekolah Smk Tabuan Jaya.


Sekian, Terima Kasih

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Olahraga
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment