Wednesday, September 19, 2012

PEMANTAUAN PLN GIMRAMA USPTN SARAWAK,KUCHING


Tarikh : 13 September 2012
 
Masa :  3 - 7 ptg
 
Venue : Gimrama
 
Atlet :  7 orang atlet
 
 
Latihan pembangunan di kalangan gimnas kecil masih tetap diadakan. Kehadiran atlet tidak ramai. Kebanyakan atlet bercuti dari latihan kerana persediaan peperiksaan besar seperti SPM, PMR danpeperiksaan akhir tahun. Akan tetapi atlet - atlet tersebut masih menghadiri latihan bagi mengekalkan tahap fleksibiliti.
 
Latihan bagi 5 orang gimnas telah dikendalikan oleh Cik Low Fai Jing, yang juga merupakan salah seorang gimnas yang masih aktif berlatih biarpun tiada jurulatih bagi mengekalkan tahap fleksibiliti beliau. Beliau menggantikan Low Fai Jun yang masih sibuk membuat persediaan peperiksaan SPM yang bakal menjelang untuk mengendalikan sesi latihan kepada gimnas tersebut.
 
Pada hari tersebut, seorang atlet elit turut hadir ke sesi latihan tetapi program beliau dirangka oleh jurulatih peribadi beliau.
 
Kaedah Latihan

Kaedah latihan pada sesi tersebut ialah latihan asas bagi pergerakan di lantai latihan seperti floor movement, floor basic dan body movement, latihan asas tali dan freehand.

Latihan fizikal dan renggangang turut dilakukan pada permulaan dan akhir sesi latihan.

Jurulatih

Perkhidmatan jurulatih amat diperlukan bagi pemantauan program latihan secara lebih terperinci dan lebih teratur. Setakat ini masih tiada calon / cadangan JLN untuk sukan ini dari pihak MGF.
 
Semasa perbincangan bersama Presiden Persatuan Gimnastik Amatur Sarawak, beliau menyatakan beliau mahu meneruskan perkhidmatan Jurulatih Sementara, Cik Afrita Ariany yang dipinjamkan dari pihak Cawangan Pelapis dan yang dicadangkan oleh pihak MGF untuk meneruskan program latihan termasuk tahap pembangunan. Bagaimanapun, telah dinasihatkan supaya pihak persatuan mengemukakan permintaan tesebut scara rasmi kepada pihak USPTN dan MSNS.


Peralatan

Untuk makluman juga, pusat latihan ini telah mempunyai carpet baru tanpa 'underlayer'yang dibiayai oleh pihak MSN Sarawak yang telah sampai dan dipasang pada 5 September 2012 disebabkan peruntukan yang terhad. Bagaimanapun, underlayer tersebut akan tetap di beli selepas ini mengikut peruntukan yang bakal disalurkan nanti oleh pihak kementerian.
 
Underlayer bagi carpet yang lama tidak dapat digunakan lagi dan telah dibuang serta diletakkan di luar venue tersebut pada hari pemasangan carpet yang baru.Bagaimanapun, pembersihan peralatan lama tersebut akan dilakukan dalam masa yang terdekat dengan bantuan pihak pengurusan bangunan tersebut.


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

No comments:

Post a Comment