Wednesday, January 30, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TAEKWONDO SARAWAK (29 JANUARI 2013)


Tarikh : 29 Januari 2013
Tempat : PLN (Kuching Taekwondo & Self-Defence Academy)
Masa : 07:30pm - 08:30pm

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
En. Mohd Faizal Bin Ibrahim (SDO Taekwondo)
En. Joseph Chang Siang Ping (JSM Taekwondo)

Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki : 4 Orang
Atlet Wanita : 6 Orang


Sesi Pemantauan ini merupakan sesi kedua bagi bulan Januari 2013 dimana kehadiran para atlet amat baik meskipun pada sesi latihan sebelumnya, kebanyakan atlet tidak dapat hadir untuk menjalani sesi latihan disebabkan oleh aktiviti persekolahan yang padat.


Sesi latihan yang dijalankan pada hari tersebut adalah Chopping Kick. Chopping Kick merupakan salah satu kemahiran yang penting di dalam teknik serangan bagi sukan Taekwondo dimana ianya adalah kemahiran melakukan sepakan ke arah kepala lawan.Objektif latihan Chopping Kick ini adalah untuk memastikan atlet mampu untuk mendapatkan mata yang baik apabila sepakan mereka mengena tepat di kepala lawan ketika sesi latihan sparring atau pun di dalam pertandingan nanti.

Teknik Chopping Kick



Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment