Tuesday, January 29, 2013

NSC MTBC Nationwide Evaluation 2013 Sarawak

Tarikh   : 22 Januari 2012
Tempat : Crystal Bowling Kuching Sarawak
Masa    : 07:00pm

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
En Awang Fadilah b. Jaya
Cik Dedia Sarini
En Reginald Walter
En Angelo Koay
En Jackson Ting
En Fong Tak Meng
En George Tan

Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki 22 orang
Atlet Wanita 22 orang

Program ini diadakan bertujuan untuk memilih atlet - atlet tenpin bowling bagi diserapkan di bawah program latihan USPTN Sarawak. Atlet - atlet akan digredkan ke dalam dua kategori iaitu AA dan AAA. Sesi latihan AA akan dikendalikan oleh jurulatih separuh masa En Angelo Koay manakala sesi latihan AAA akan dikendalikan oleh jurulatih sepenuh masa En Reginald Walter.


Seramai 44 orang atlet telah menghadiri sesi pemilihan tersebut yang rata - ratanya terdiri daripada atlet - atlet pusat cemerlang dibawah program latihan Majlis Sukan Negeri Sarawak.

Keputusan pemilihan seramai 16 orang atlet telah diserapkan di bawah program latihan AA manakala seramai 9 orang di bawah program latihan AAA.


Sekian terima kasih

Laporan disediakan Oleh
AWANG FADILAH BIN JAYA
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Tenpin Boling
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak

No comments:

Post a Comment