Monday, September 23, 2013

PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH USPTN SARAWAK

Tarikh : 21 Sept 2013 (Sabtu)
Masa : 3.30 pm - 4.45pm
Venue : SMK Sematan. Sematan
Jurulatih : Ribep ak. Bisen
Kehadiran : 3 Lelaki, 5 Wanita ( 8 orang )

Sesi Latihan : Form Shooting

Ulasan
Seramai 8 orang atlet yang hadir semasa latihan, 2 orang atlet lama dan 6 atlet baru dan 7 orang daripadanya adalah pelajar harian. Atlet lain yang tinggal di asrama tidak hadir atas sebab balik ke rumah masing-masing sempena hujung minggu persekolahan. Beberapa orang atlet lama kurang menjalani latihan bagi memberi tumpuan kepada peperiksaan PMR pada bulan Oktober nanti.



Stor simpanan peralatan sudah dibaikpulih dengan peruntukan daripada pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak dan telah digunakan sepenuhnya. Kerja baikpulih tersebut melibatkan lantai, tingkap siling dan atap. Menurut jurulatih, tingkat bawah masih merupakan tempat simpanan peralatan memanah dan basikal. Manakala tingkat atas digunakan untuk latihan Form Shooting sekiranya berlaku hari hujan. Semua peralatan memanah masih dalam keadaan baik kecuali target butt yang sudah mengalami kerosakan.

Bahagian Dalam Stor Simpanan Peralatan Sukan
Memanah yang sudah dibaikpulih

Gambaran dari luar keadaan stor simpanan
peralatan sukan yang cuba untuk dibaiki secara berperingkat

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh :
Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment