Monday, September 16, 2013

UJIAN KEMAHIRAN (MONTHLY/WEEKLY SCORING) DAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN MENEMBAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh:
15 September 2013

Venue: 
Lapang Sasar Menembak Majlis Sukan Negeri Sarawak Balai Polis Batu Kawa

Kehadiran: 
Pn Christina Liew (JSM Sukan Menembak USPTN)
Cik Chia Cia (JSM Pusat Cemerlang Majlis Sukan Negeri Sarawak)
               
Atlet:            
4 Wanita
7 Lelaki


Lawatan bertujuan untuk memantau perjalanan program secara mingguan. Laporan kehadiran memuaskan dimana seramai 11 atlet telah hadir ke sesi latihan kali ini yang di kendalikan oleh 2 orang jurulatih USPTN dan MSNS.



Pada sesi pemantauan kali ini jurulatih telah mengadakan ujian kemahiran. Bagi pusat latihan ini ujian kemahiran dilakukan sekurang - kurangnya 2 minggu sekali atau 1 kali sebulan. Pada sesi ujian kemahiran kali ini telah melibatkan seramai  2 wanita Air Rifle, 3 Lelaki Air Rifle dan 3 Lelaki Air Pistol. Latihan kemahiran di adakan bagi mengukur perkembangan prestasi semasa atlet.




Bagi persiapan menghadapi SUKMA XVII Perlis 2014 Ketua Jurulatih MSNS dengan kerjasama JSM USPTN telah mengadakan talent scouting sebanyak 2 kali sepanjang tahun ini bagi menyerap muka-muka baru ke dalam program latihan.




Sekian terima kasih


Awang Fadilah b. Jaya
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

No comments:

Post a Comment